Walaupun penjelasan telah dibuat berulang kali, termasuk dalam forum perdana di PWTC semalam masih banyak pihak yang mempersoal mengenai kos kewangan dan penebusan unit dana dalam isu 1 Malaysia Development Berhad, 1MDB.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, ia termasuk tajuk utama sebuah portal berita yang salah, tetapi telah diedar secara meluas sebelum diperbetulkan, mengenai kos kewangan syarikat pelaburan strategik itu.