30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

1MDB: Arul Mengadap PAC 1 Disember

1mdb-arul-kanda-bbc-news

Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy diarah mengadap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 1 Disember depan.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, Arul dikehendaki menyediakan semua dokumen berkaitan untuk dibentangkan pada prosiding itu.

“Sudah tentu beliau perlu bawa semua dokumen yang berkaitan. Mereka perlu bersedia, ini prosedur biasa seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Selain itu, menurut Hasan yang baru dipilih mengetuai jawatankuasa dibawah Parlimen itu berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi juga akan dipanggil bagi membantu siasatan PAC.

“Kita akan panggil seorang demi seorang. Mula-mula Datuk Shahrul, kemudian baharu Arul akan dipanggil selepas itu,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.