1MDB: Bahagian ketiga/keempat video Melanyi dedah penglibatan pembangkang - pakdin.my

1mdb-lester-melanyi-soal-siasat

Pengli­batan beberapa ahli politik pembangkang yang didakwa memalsukan kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didedah­kan me­nerusi bahagian ketiga dan keempat video pe­ngakuan be­kas pengarang Sa­ra­wak Tribune, Lester Melanyi.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan berkata bahagian ketiga dan keempat video itu akan disiarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

“Kita akan keluarkan video itu secara slowly dan kita akan menjawab segala dakwaan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Selain itu, video tersebut akan mendedahkan orang Malaysia yang pernah berhubung dengan Lester seperti ahli-ahli politik pembangkang dan dalang kes Sarawak Report yang siap salur dan beri maklumat,” katanya.

Ramesh Rao berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung pendedahan Melanyi menerusi bahagian kedua video itu.

Dalam video berdurasi 6.02 minit itu, Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai syarikat pelaburan negara 1MDB itu didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam video itu, Melanyi turut menamakan seorang pakar pereka laman web berpangkalan di London yang didakwanya diupah Rew­castle-Brown bagi mengubah dan mereka e-mel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.

Ramesh Rao seterusnya berkata, polis telah mengambil keterangannya susulan laporan polis yang dibuatnya bersama bukti ketera­ngan Melanyi di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 15 Julai lepas, pada 8 malam hari yang sama.

Dalam pada itu, Ramesh Rao berkata, beliau mengenali Me­lanyi sejak dua bulan lepas me­ngenai pendedahan itu dan sering berhubung menerusi telefon serta berjumpanya di ibu kota dan di Sarawak.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Bahagian ketiga/keempat video Melanyi dedah penglibatan pembangkang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium