1MDB: Bank Negara Tidak Halang Transaksi Bank Berlainan – Peguam Negara - pakdin.my

Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali menegaskan keputusan untuk tidak mendakwa pegawai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah kerana tiada kesalah dilakukan berikutan Bank Negara telah dimaklumkan perubahan dan tidak menghalang perubahan tersebut.

Peguam Negara dalam kenyataan akhbar hari ini menyatakan, 1MDB mematuhi semua prosedur dalam mendapat tiga kelulusan Bank Negara bagi pelaburan di luar negara pada 29 september 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Bank Negara hanya mengambil masa tiga hari untuk meluluskan permohonan tersebut.

“Apabila 1MDB meminta wang dimasukkan kepada akaun yang berlainan dari permohonan asal, Deutsche Bank (Malaysia) telah merujuk perkara tersebut kepada Bank Negara Malaysia.”

Peguam Negara turut memberitahu Bank Negara Malaysia memberi maklum balas bahawa dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) bahawa ia adalah keputusan perniagaan dan pihak mereka tidak berniat untuk mendapat penjelasan lanjut selagi ia tidak lari dari tujuan asal permohonan.

“Bank Negara sebagai pihak yang Pengawal tidak menghalang pemindahan terbabit mahupun mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) supaya menasihati 1MDB mendapatkan semula kebenaran. Adalah jelas tiada sebarang permintaan maklumat lanjut dari Bank Negara Malaysia pada masa tersebut.”

Menurut Peguam Negara, permintaan Bank Negara supaya mendakwa 1MDB kerana gagal memberi beberapa maklumat tertentu tidak dapat dipenuhi kerana 1MDB hanya perlu memberi maklumat-maklumat terbabit sekiranya diminta oleh Bank Negara ketika itu.

Malangnya, Bank negara tidak membuat sebarang permintaan untuk pendedahan maklumat tersebut

 

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Bank Negara Tidak Halang Transaksi Bank Berlainan - Peguam Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium