30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

1MDB Buat Laporan Polis Mengenai Kebocoran Maklumat

1mdb-pihak-berkuasa

1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Isnin membuat laporan polis mengenai tindakan satu atau lebih banyak pihak yang disyaki membocorkan dan menjual maklumat sulit mengenai syarikat itu.
Laporan polis itu menyusul selepas pengakuan portal berita Sarawak Report bahawa ia mendapat dokumen sulit daripada Bank Negara dan pengakuan terbuka daripada penerbitan antarabangsa Wall Steet Journal bahawa ia juga telah meneliti dokumen berkaitan ‘siasatan kerajaan’ ke atas 1MDB dan mempunyai akses kepada transkrip prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan draf laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB.
“Biarpun adanya pengakuan ini, tiada tindakan telah diambil sama ada terhadap pihak yang telah menerbitkan dokumen berkenaan, juga terhadap pihak yang membocorkannya yang menyalahi undang-undang,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini, Isnin.
Syarikat itu berkata buat kali kedua, Sarawak Report kendalian pihak asing yang sekarang ini disekat di sini kerana menerbitkan bahan dicuri dan dipalsukan, telah mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang kelihatan seperti tulen.
“Kami sangat bimbang, ini berikutan kenyataan Sarawak Report sebelum ini yang menyatakan ia telah memperoleh dokumen daripada siasatan Bank Negara,” katanya.
1MDB percaya tindakan satu atau lebih banyak pihak membocorkan maklumat sulit dilakukan dengan niat jahat dan mungkin telah menyalahi undang-undang Malaysia antaranya Kanun Keseksaan, Akta Rahsia Rasmi 1972, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
“Kami mempunyai keyakinan penuh dalam kemampuan menyiasat dan profesionalisme pihak berkuasa untuk mengambil semua tindakan yang diperlukan bagi menjunjung undang-undang di Malaysia,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan