32.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 20, 2021

1MDB: Dakwaan Tun M Tanpa Bukti, Hanya Andaian – Pentaksub Percaya Semberono

1mdb-dakwaan-mahathir-tanpa-bukti

Pihak 1MDB menganggap catatan terkini pada blog Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai intipati yang berulang, tanpa bukti, tuduhan tidak berasas dan hanya berdasarkan dakwaan serta andaiannya.

Ia masih berlaku walaupun 1MDB telah mengemukakan fakta dan penjelasan, tetapi Dr Mahathir berulang kali mendakwa “RM42 bilion hilang” daripada syarikat itu.

Tindakan yang dianggap tidak seperti amalan biasa bekas Perdana Menteri itu, 1MDB tetap mahu berurusan dengan fakta kerana adalah jelas akaun 1MDB telah diaudit firma antarabangsa.

Juga diketahui ramai bahawa Ketua Audit Negara diarah Kabinet pada 4 Mac 2015 untuk meneliti akaun terdahulu 1MDB. Laporan awal yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang NEgara (PAC) pada 9 Julai lalu sebelum laporan akhir akan diserahkan kepada kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang pada 17 Disember 2015.

Sepanjang sejarah negara ini, 1MDB adalah syarikat yang paling banyak disiasat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Bank Negara Negara, Jabatan Audit Negara dan PAC.

Dokumen dan bukti telah diserahkan kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB.

Jika Dr Mahathir mahu mengetahui kebenaran, beliau akan membenarkan semua agensi berkenaan selesai menjalankan siasatan dan memperoleh hasilnya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak berbuat demikian, sebaliknya berterusan membuat dakwaan tanpa siasatan atau rujuk kepada fakta tanpa mengambil kira aspek perundangan.

Menerusi kenyataannya, Dr Mahathir dilihat menghina dan memandang rendah pelbagai agensi yang menyiasat 1MDB. Selepas 22 tahun berkuasa, dalam fikirannya, beliau sahaja yang betul, walaupun dakwaanya bahawa “RM42 bilion hilang” itu salah.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Masa jd Pm dulu dia kata seseorang yg belum terbukti bersalah ada lah tidak bersalah. Tp skg kenapa Tun menuduh ssorg kl tak dak bukti……heran juga kan……

  2. y pasti naijb punye zaman sgt teruk bading tun..zaman tun xda GST pn boley maju mcm2 boley buat..zmn najib ada GST stakat bg brim sthn skali..hahaha

  3. Faham ke tak nak saman akhbar berpengkalan di Amerika. Kena minta persetujuan buat saman di sini.
    Kalau saman disana diorang guna akta kebebasan bersuara.
    Permintaan dah dibuat

  4. Ulang sekali lagi kalau ada lawyer yang boleh heret kesini sila tawarkan diri atau mungkin saudara juga lawyer kata boleh, sila tawarkan diri

  5. Sy bukan pentaksub tp sy tau byk kesilapan psl 1mdb…adakah suratkhabar ternama dr dlm dan luar negara menipu seperti penulis picisan spt kamu? 1mdb ditubuhkan utk kepentingan peribadi…dulu penjilat ckp beli IPP utk hapuskan kroni dan menurunkan takrif tp apa yg berlaku aset negara berpindah tangan..pelaburan cayman kata untung dan transfer ke singapore tp bukan dlm bentuk wang tp unit.. Unit apa? Beli tanah trx duk ratakan saban hari tanpa ada 1 bangunan pun naik duk claim dh habis ratusan juta utk benda nie?xnk la kata beli tanah murah giler sehingga kerajaan rugi.1mdb bukan GLC tp syarikat peribadi dibwh MOF dgn punahsihat ah jib ghor.penjilat duk kata aset melebihi hutang tp tahukah anda aset kena dicairkan bru boleh kira duit syarikat. Jv petrosaudi paling meragukan dlm semua transaksi sehingga timbul derma 2.6billion sbb duit dh bagi kt petrosaudi then jv dibatalkan.bandar Malaysia kt sg besi pemindahan tentera disitu ke labu ditanggung kerajaan hampir 2billion.. BUKAN TUN XNK REPOT KANG REPOT KOMPOM DARURAT SBB RAKYAT MALAYSIA AKAN MEMBERONTAK BILA TUN KENA TANGKAP PAHAM X BODOH….

  6. Siapa Tun..rakyat kenal sangat Tun..semua bangsa Malaysia dan dunia kenal dan sayang Tun..peminpin yg bijak .tegas dan menyenangkan…pikir2 kan la…tak perlu nak spin la…walaupon ade kekurangan namun Tun tetap Pm terbaik Kami 1ketika dulu dan kini..

  7. mmg la tun xde bukti, dia tanya je, bkn dia tuduh.. hangpa nak fight ngan fighter, mmg x dpt la.. yahudi pn x bleh lawan dia, ni kan hangpa yg sekecil anak ikan hehe.. tun tetap terbaik!! kerana tun lah negara maju dan dihormati.. elok dpt kat najib, abis jd cacamarba.. kepalabana..

  8. hihihi bukti xdak.. sebb bukti dh dihapuskn masa bukit aman trbako..masa ex AG dibuang.. masa pembantu penyisat di campak.. dan.bukti bukti semua dh dihapus sama sekali oleh najib n balaci balaci termasuk pdrm..ag yg bru.. sprm n salleh keruak.
    puiiii

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.