1MDB: Harakah gagal minta maaf, Najib teruskan saman - pakdin.my

Laporan Fitnah Harakah
Laporan Fitnah Harakah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, meneruskan prosiding saman ke atas Harakah berhubung tulisan mengaitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan anak tirinya, Riza Aziz.

Tindakan ini diambil berikutan surat tuntutan maaf yang dikemukakan kepada lidah rasmi PAS berhubung perkara ini pada 26 Februari lalu, tidak dipenuhi.

Surat tuntutan sebelum ini meminta Harakah menarik kembali artikel fitnah yang dikeluarkannya, berhenti daripada mengulangi kenyataan fitnah dalam artikel itu, menyiarkan permohonan maaf mengikut syarat ditetapkan pihak Najib dan berjanji tidak mengulangi kenyataan berkaitan.

Bagaimanapun, Harakah dan dua individu yang dinamakan dalam surat tuntutan itu iaitu Pengarah Urusan Harakah Rosli Yaakub dan Ketua Pengarangnya Taufik Yahya tidak memberikan respon sebagaimana diminta.

Harakah pada 12 Februari lalu menyiarkan artikel tulisan Rosli bertajuk ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’ yang secara jelas mengaitkan projek filem anak tiri Najib dengan syarikat pelaburan nasional negara.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Harakah gagal minta maaf, Najib teruskan saman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium