1MDB: Hentikan perbicaraan melalui media - pakdin.my

najib-1mdb-kenapa-perlu-berehat

Orang ramai digesa menunggu hasil siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bukannya menjalankan “perbicaraan melalui media”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sekali lagi menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap syarikat itu jika didapati melanggar undang-undang.

“Dari segi tuntutan salah laku, terdapat beberapa siasatan bebas, ada yang saya sendiri arahkan. Daripada menjalankan perbicaraan melalui media, kita perlu menunggu hasil siasatan ini.

“Jika ada salah laku, saya boleh memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” kata Najib dalam ucapan semasa Forum Transformasi Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Rabu.

Menurutnya, 1MDB akan dapat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran tunainya jika pelan rasionalisasi yang sedang dijalankan dapat dilaksanakan tanpa halangan.

“Jika (pelan rasionalisasi) dibenarkan berjalan tanpa halangan, ia akan membolehkan syarikat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran tunai,” katanya.

Asas pelan itu antara lain, termasuk ‘hutang untuk tukaran aset’ dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), jualan ekuiti dalam Edra Energy, jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, jualan tanah di TRX dan pelupusan aset bukan teras.

Keuntungan daripada pelan rasionalisasi ini akhirnya akan mengurangkan hutang 1MDB, ke tahap mampan dan boleh diurus menjelang suku keempat 2015.

Antara lain, 1MDB berjaya menjual lebih RM1 bilion nilai tanah di Tun Razak Exchange tahun ini.

Selain itu, bidaan terikat akan diterima daripada pembida domestik dan antarabangsa yang disenarai pendek bagi kedua-dua Edra Energy dan Bandar Malaysia antara pertengahan dan akhir Oktober 2015, dengan Perjanjian Jual Beli untuk kedua-dua aset dilaksanakan pada Disember 2015.

Menurut 1MDB, ia berjaya memenuhi, tanpa ingkar, obligasi perkhidmatan dan pembayaran faedah dan prinsipal, kepada peminjam domestik dan asing.

Kerajaan memberi jaminan ke atas RM5.8 bilion hutang 1MDB, dengan RM5 bilion matang pada 2039, dan menyediakan Surat Sokongan ke atas US$3 bilion terbitan bon oleh 1MDB, yang matang pada 2023.

Pada kadar tukaran semasa, jumlah prinsipal hutang jangka panjang ini bernilai kira-kira RM18.7 bilion, katanya.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Hentikan perbicaraan melalui media

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium