26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

1MDB hormati kuasa PAC

Kenyataan media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 3 Ogos 2015
Untuk siaran segera

1mdb-pac

1MDB hormati kuasa PAC

1MDB menghormati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai pihak berkuasa yang sah dan forum yang paling tepat untuk menjawab sebarang persoalan berkenaan 1MDB.

Kami mempunyai keyakinan bahawa jawatankuasa dwi-partisan ini akan memberi peluang seadilnya untuk 1MDB memberi penjelasan tentang kedudukan syarikat kepada pihak berkuasa yang sah, mengikut keperluan proses wajar.

Hari ini, melalui Kementerian Kewangan, kami menerima makluman rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat/Setiausaha Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bahawa sesi PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos serta 8 dan 10 September 2015 telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sekali lagi kami mengulangi hasrat kami untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada PAC dan kami menanti untuk hadir dalam sesi PAC pada tarikh yang baharu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.