25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

1MDB : Husni Jawab, Husni Tanya

Adakah bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedar bahawa beliau pernah menjawab soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini ketika bertanyakan soalan sama di Dewan Rakyat, semalam.

Pada ketika itu, November 2011 Ahmad Husni menjawab soalan dan memberi penjelasan berkaitan syarikat pelaburan negara itu kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang mempersoalkan pada masa itu mengapa Ahmad Husni menjawab semua perkara berkaitan 1MDB dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Selain itu apa yang paling menarik, pada Jun tahun lepas Ahmad Husni juga berkata dalam penjelasannya berkaitan 1MDB bahawa isu kehilangan wang pelaburan milik kerajaan dalam syarikat itu yang digembar-gemburkan sebenarnya tidak pernah timbul.

“Kerajaan begitu bertanggungjawab dalam memastikan aset dan hutang. Dalam konteks 1MDB, apa yang berlaku ia mencapai pertumbuhan begitu pesat, dalam tempoh enam tahun sahaja ia memiliki aset yang begitu tinggi.

“Keduanya struktur kewangan memiliki modal RM1 juta dan kerajaan memberi tanah seluas 560 ekar. Tapi tanah ini akan hanya memberi pulangan dalam tempoh yang panjang.

“Berdasarkan pertumbuhan pesat, 1MDB bergantung kepada hutang,” katanya ketika menjadi panel dalam program khas Bual Bicara Dialog di TV1 pada masa itu menjawab isu syarikat itu.

Pada ketika itu juga Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen BN-Tambun dilantik sebagai jurucakap kerajaan bagi isu berkaitan 1MDB.

Kenapa kini, beliau bertanyakan semula soalan yang beliau sendiri pernah jawab.

Semalam, dalam sidang dewan beliau yang sudah meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, UMNO dan Barisan Nasional ingin tahu mengapa 1MDB ditubuhkan dan beliau turut bertanyakan berkenaan wang AS$4 bilion Dolar Amerika (RM16.69 bilion) melibatkan syarikat Aabar Investment PJS Ltd yang tidak dimiliki IPIC.

Sekarang ini, keadaannya ialah Ahmad Husni bertanyakan sendiri soalan yang dijawabnya ketika di dalam Kabinet dulu.

Perlu diingat, beliau hanya meletakkan jawatan di dalam BN dan UMNO tetapi masih lagi Ahli Parlimen BN kerana beliau tidak pernah mengumumkan keluar dari parti.

Moga Husni tidak terpalit dengan virus mudah lupa bawaan Mahathir. Memalukan bila menyoal balik perkara yang beliau sendiri pernah jawab dahulu.

20161025-husni-soalan-1mdb

Berita Berkaitan

Komen

    • Dek, wen U re d Minister ur hands are tide … mulut kena zip .. tapi bila dah tak menegang jawatan baru free skit nak tanya … tapi risikonya amat amat tinggi … tengok apa yg di palitkan kpd Pak ni .. RM2 billion la … pebenda lagi .. betul tak betul is secondry …, strategy ni boleh dibaca dek …

  1. kahkahkahkahkah dh start kne buru dh dato seri ni…btl laa zaharin ckp anjing2 najib ni xbole tgk org kacau najib skit diorg akan menyalak nyalak mcm anjing nmpk hantu…

  2. anak Husni, Khalid, proksi bapanya di New Pantai Expressway Sdn Bhd, NPE, tak dapat projek lebuh raya tu, ironinya permohonan dulu telah ditolak dihari yg sama dia berucap diparlimen….

  3. Ko nak jadi macam dia juga. Asal yang mencerca kerajaan atau orang yang mentaati pemerintah tiru. Walaupun keluar dari landasan Islam. Itu ke yang di belajar pasal Islam?

  4. Kalau BN ada lebih ramai lagi Ahli2 Parlimen yg berani bersuara seperti ini….saya rasa masalah seperti 1MDB tidak akan berlaku sbb ada check n balance…..masalahnya sekarang semua hampir semua ahli parlimen Jadi ‘YES’ man saja utk jaga kepentingan sendiri saja…..wallahualam

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.