25 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

1MDB: Isu selesai sebelum akhir tahun

najib-1MDB-UMNO

Isu syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada hampir 1,500 ketua penerangan dan setiausaha bahagian UMNO seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang Ahad.

Taklimat tertutup yang bermula jam 2 petang dimulakan dengan sesi penerangan dan soal jawab perserta bersama wakil dari Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Perdana Menteri yang tiba jam 4.30 petang lantas masuk ke Dewan Tun Hussein Onn untuk bertemu para perwakilan dan seterusnya memberi penjelasan serta penerangan beberapa isu berbangkit antaranya 1MDB serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Difahamkan, taklimat berlangsung hampir 45 minit dan Najib keluar dari dewan dengan kelihatan ceria.

Beberapa perwakilan UMNO yang ditemui menyatakan mereka berpuashati dengan penerangan Perdana Menteri dan makin jelas berhubung strategi permainan kotor pembangkang menggunakan pelbagai isu untuk menyerang kerajaan.

“Berdasarkan maklum balas semasa beliau memberi penjelasan dan beliau sendiri bertanya kepada hadirin beberapa kali, dapat dilihat keikhlasannya dan peserta.

“Saya yakin penjelasan inilah yang kita tunggu-tunggu selama ini akhirnya ia dapat diberikan sebaiknya oleh presiden,” kata Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Hasan Hamzah pula berkata, beliau menyedari bahawa 1MDB adalah entiti perniagaan namun semua transaksi perniagaan yang diterangkan Perdana Menteri cukup berbeza dengan apa yang diperkatakan di media sosial atau pembangkang.

“Bukan mudah untuk menguruskan perniagaan yang besar, ia mengambil masa dan beliau meminta rakyat supaya memahaminya.

“Berikan masa yang cukup kepadanya dan beliau akan menyelesaikan masalah 1MDB ini dalam masa beberapa bulan.

“Kita berpuas hati. Sebenarnya isu-isu yang timbul ini telah diputarbelitkan, harap rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang Perdana Menteri,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyatakan bahawa penerangan yang diberikan Najib cukup jelas sepertimana dilakukan di parlimen.

“Cukup jelas apa yang PM jawab dan kita akan terangkan kepada rakyat apa yang diterangkan oleh PM, ” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

#PRNSabah: Warisan Tumbang

Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan