1MDB jawab arahan Bank Negara

1mdb-bank-negara

- Advertisement -

1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengakui dan menghormati kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membatalkan kebenaran dan  mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkannya patut di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Jumaat, ia berkata, walaupun Jabatan Peguam Negara mengesahkan bahawa pegawai-pegawai 1MDB tidak melakukan sebarang salah laku, cabang pelaburan kerajaan itu akan terus bekerjasama dan melibatkan diri dengan BNM.

Ini adalah sebagai respons kepada kenyataan BNM bahawa bank pusat itu telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB untuk pelaburan luar negara bernilai AS$1.83 bilion (RM7.58 bilion).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, BNM berkata, kebenaran telah dibatalkan kerana pelaburan diperoleh berdasarkan pendedahan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap.

“Selain mengemukakan jawapan bertulis dan berkongsi dokumen-dokumen berkaitan, ahli lembaga pengarah 1MDB, kakitangan dan bekas kakitangan telah ditemuramah oleh Bank Negara, dengan kenyataan saksi secara terperinci direkodkan,” katanya.

Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara, sebagai pihak berkuasa yang sah untuk perkara seperti ini, memutuskan bahawa ‘tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB’ dan mengarahkan bahawa ‘tiada tindakan lanjut perlu diambil’, “tegas 1MDB.

“Bank Negara telah mengeluarkan arahan untuk 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83bilion. Ini berkaitan dengan kebenaran bersejarah tertentu yang diberikan oleh Bank Negara di antara tahun 2009 dan 2011 untuk 1MDB membuat pelaburan di luar negara. ”

1MDB menekankan bahawa kebenaran tersebut, apabila diberikan, tidak ada keperluan untuk dana itu dihantar pulang.

“Di samping itu, penggunaan dana tersebut telah diterangkan secara terperinci dalam nota-nota penyata kewangan yang telah diumumkan 1MDB bertarikh 31.03.2009 hingga 31.03.2014,” katanya.

1MDB’s response to BNM

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin...

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin...

Kes bunuh Kevin Morais, pakar patalogi dan lima lelaki dihukum mati

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Timbalan...

Undersea Tunnel Project: Lim Guan Eng To Give Statement To MACC

Members of the press have been camped out since early morning at the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) state headquarters amid speculation that a former...

35,000 pemandu bas sekolah diberi bantuan khas RM600 setiap orang – Wee Ka Siong

Seramai 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas berjumlah RM600 setiap seorang, demikian diumumkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong hari...

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.