1MDB: Kerajaan jangan terperangkap permainan pembangkang - pakdin.my

1mdb-root

Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainudin Ismail meminta kerajaan tidak terperangkap permainan pembangkang yang terus membangkitkan isu 1MDB walaupun kerajaan sudah memberi banyak jawapan mengenai isu tersebut.

Katanya, 1MDB bukan cerita baru tetapi pembangkang terus memainkan isu itu bagi menimbulkan persepsi buruk terhadap 1MDB dan kerajaan.

“Serangan berterusan (Ahli Parlimen PKR ) Pandan (Rafizi Ramli) dan Petaling Jaya Utara (DAP- Tony Phua) ini bukan cerita baru. Serangan mereka hingga mewujudkan persepsi dan memberi kesan kepada istitusi kewangan dalam dan luar negara,”.

“Akhirnya 1MDB tidak dapat sokongan institusi kewangan ini. Kerajaan perlu lihat sama ada usaha ini disengajakan untuk sabotaj ekonomi,” katanya ketika mencelah penggulungan perbahasan RMK11 oleh Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Husni Hanadzlah di Parlimen.

Zainudin membangkitkan perkara itu apabila ramai ahli parlimen pembangkang mencelah jawapan Husni dan tidak berpuashati dengaan jawapannya berkaitan isu 1MDB.

Beliau juga meminta kerajaan menyiasat kemungkinan Ahli Parlimen Pandan dan Petaling Jaya Utara mengaut untung daripada serangan itu yang menyebabkan harga saham dan bon negara jatuh.

Husni yang menyambung penggulungan mahu semua pihak melihat ke hadapan  jika mahu isu 1MDB diselesaikan  bukannya menoleh ke belakangan mencari kesilapan syarikat tersebut.

Katanya, semua pihak patut membiarkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat perkara tersebut.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Kerajaan jangan terperangkap permainan pembangkang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium