25 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

1MDB kesal Malaysiakini kitar semula dakwaan

1mdb-pelan-rasionalisasi

1Malaysia Development Bhd (1MDB) kesal dengan tindakan Malaysiakini menyiarkan laporan tertentu, walaupun perkara yang diperkatakannya itu, tidak lebih daripada dakwaan yang dikitar semula.

Merujuk kepada siri artikel baru-baru ini yang ditulis KiniBiz mengenai 1MDB, syarikat itu berkata, jelas sekali cubaan jahat secara berterusan itu dibuat untuk menggagalkan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.

“Kami tetap berpegang teguh dan fokus terhadap objektif kami, yang kejayaannya kini dapat dilihat dengan jelas melalui lembaran terma ikatan dengan IPIC (International Petroleum Investment Company), Perjanjian Jual Beli Saham yang dibuat dengan CGN Group (China General Nuclear Power Corporation) dan pemilihan rakan pembangunan Bandar Malaysia yang akan diumumkan tidak lama lagi,,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengikut kenyataan itu, 1MDB sudah berulang kali menjawab dan menafikan dakwaan tidak betul itu, bukan sahaja melalui kenyataan akhbar, tetapi juga melalui wawancara, pembentangan dan sesi soal jawab terbuka.

Katanya, 1MDB juga memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadapnya, termasuk berkongsi maklumat terperinci dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang bersifat dwipartisan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.