Home / KHAS / 1MDB / 1MDB: Laporan awal Jabatan Audit Negara dibentang kepada PAC

1MDB: Laporan awal Jabatan Audit Negara dibentang kepada PAC

ambrin-buang-ketua-audit-negara

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini membentangkan laporan awal mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen.

Laporan yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak itu dibentangkan di hadapan PAC yang diketuai Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed kira-kira 10.30 pagi dan dijangka selesai sekitar 4 petang ini.

Media dibenarkan mengambil visual sebelum sesi itu dimulakan.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan ketua audit negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

PAC sebelum ini dilaporkan memulakan prosiding siasatan pada 19 Mei berhubung isu yang dihadapi syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB susulan mesyuarat khas pada 30 April lalu.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.