28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

1MDB: Laporan Ketua Audit Negara Hanya Siap Pada Februari – Tony Pua

1mdb-pac

Laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya dijangka siap pada Februari tahun depan kerana ia masih belum menerima beberapa dokumen tertentu, kata Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua.

Beliau berkata PAC diberitahu bahawa Ketua Audit Negara baharu sahaja menerima beberapa dokumen baharu daripada 1MDB tetapi masih menunggu beberapa dokumen lain yang dijanjikan kepada mereka.

“Oleh itu, laporan akhir Ketua Audit Negara kepada PAC masih belum siap sepenuhnya.

“Sama ada atau tidak ia berlaku kita perlu tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan bangunan Parlimen.

Terdahulu, PAC mengadakan pertemuan semula dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada pagi Jumaat.

Namun, pengamal media tidak dibenarkan memasuki Parlimen bagi membuat liputan.

Pua berkata PAC sudah menyoal siasat Arul tetapi masih terlalu awal untuk menilai jika jawatankuasa tersebut berpuas hati dengan prosiding itu setakat ini.

Katanya, dalam mesyuarat itu turut memutuskan bahawa Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada PAC pada 19 dan 20 Januari depan.

Beliau berkata, kedua-dua individu tersebut akan dipanggil memberi keterangan di hadapan PAC secara berasingan.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan