1MDB-Muhyiddin: Tepuk Air Di Dulang, Terpercik Muka Sendiri - pakdin.my

1mdb-muhyiddin-tak-faham

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menjelaskan bahawa tidak kurang dari lapan kali dirinya telah membincangkan mengenai isu 1MDB kepada kabinet Malaysia.

Ujarnya, sewaktu jaminan kerajaan untuk 1MDB diberi untuk pertama kali pada 2009, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan ahli Jemaah Menteri.

Muhyiddin turut ada ketika surat sokongan telah diluluskan oleh kabinet untuk pinjaman 1MDB pada tahun 2013.

“Pada tahun 2015, setiap kali kabinet berjumpa… dan setahu saya tidak kurang dari tujuh hingga lapan kali isu 1MDB ini dibincangkan di kabinet, termasuk penerangan yang saya sendiri telah beri kepada Kabinet Malaysia,” ujar Arul.

Arul dalam sinis turut mempersoalkan bagaimana orang kedua terpenting negara mendakwa kononnya tidak menerima maklumat mengenai syarikat ini, meskipun telah memberi banyak penerangan terbuka mengenainya.

“Jadi kamu mahu beritahu saya orang kedua terpenting negara yang berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) tidak mendapat sebarang maklumat mengenai isu ini?

“Saya telah memberi penerangan terbuka kepada rakyat, saya telah berjumpa dengan media, Reuters dan sebagainya.

“Adakah masuk akal bila orang kedua terpenting negara mengatakan dia tak tahu mengenai ini?” Soal Arul.

Apa yang anehnya bila semalam di Kelab Sultan Sulaiman Muhyiddin masih lagi berbicara mengenai 1MDB seolah-olah beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya, sedangkan ketika beliau menjadi TPM ketika itu berhak untuk memanggil Arul bila-bila sahaja untuk mendapatkan penjelasan.

Mengulas mengenai perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi satu wawancara dengan stesen televisyen TV3 malam tadi menegaskan bahawa bekas TPM itu dan anggota Kabinet juga telah diberi taklimat berkaitan 1MDB sebelum ini.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan.

“Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya,” kata Presiden UMNO itu ketika ditanya adakah Muhyiddin tidak mendapat maklumat penuh berkaitan 1MDB.

Jadi, jelas dilihat di sini bahawa Muhyiddin sebenarnya hanya mampu menggunakan 1MDB sebagai senjata untuk menjatuhkan Najib, meskipun senjata itu hanya akan memakan dirinya sendiri. Samalah seperti perumpamaan, tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB-Muhyiddin: Tepuk Air Di Dulang, Terpercik Muka Sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium