1MDB: PAC Akan Soal Ketua Audit Negara - pakdin.my

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menyoal Ketua Audit Negara (AG) mengenai penemuan awalnya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB dibentangkan kepada mereka pada 9 Julai.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jawatankuasa itu akan diberi taklimat secara peribadi daripada AG mengenai audit yang dijalankan antara 10 Mac dan 15 Jun tahun ini.

“Beliau (AG) membentangkan laporan itu kepada PAC secara peribadi dan kita akan mempunyai sesi soal jawab.

“Kami akan bertanya kepadanya dalam skop audit dan sama ada saksi itu telah memberi kerjasama dan sama ada beliau mempunyai had atau menyekat pengauditannya,” Nur Jazlan kepada The Star ketika dihubungi Khamis.

Beliau menambah, maklumat yang diberikan oleh AG, akan digunakan ketika menyoal ketua eksekutif dan lembaga pengarah 1MDB pada awal bulan Ogos.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam satu kenyataan sebelum ini berkata bahawa laporan interim telah disiapkan mengikut jadual.

Laporan lengkap akan datang adalah pada akhir tahun ini, katanya.

Mengenai panggilan supaya penemuan laporan interim didedahkan kepada Ahli Parlimen dan orang ramai, Nur Jazlan berkata ia terpulang kepada AG untuk membuat keputusan.

“Laporan AG adalah hak miliknya. Terpulang kepada beliau untuk mendedahkannya kepada awam atau tidak, ” kata Ahli Parlimen Pulai ini.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: PAC Akan Soal Ketua Audit Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium