1MDB: PEMBOHONGAN TERBARU SARAWAK REPORT TENTANG PETROSAUDI & XAVIER JUSTO - pakdin.my

1MDB XAVIER JUSTO PETROSAUDI

Polemik 1MDB masuk ke bab baru. Semuanya disebabkan oleh Xavier Andre Justo, warga Swiss, bekas pegawai berjawatan tinggi di PetroSaudi. Beliau adalah link yang mengaitkan di antara blog Sarawak Report dengan PetroSaudi dan 1MDB.

Ironinya, di antara pihak yang pertama melenting bersuara tentang penangkapan Xavier Justo ialah Clare Rewcastle Brown dari blog Sarawak Report. Kenapa beliau perlu melenting malah mempertahankan warga Swiss itu?

Jawapannya mudah iaitu disebabkan wujudnya kaitan di antara pemeras ugut PetroSaudi itu dengan blog Sarawak Report. Malah Clare Brown tidak pun menyangkal perkara ini. Dalam nada mempertahankan Xavier Justo, penulis blog tersebut menulis surat bertajuk Open Letter To The Swiss Foreign Ministry In Bern

Surat tersebut kononnya ditujukan kepada Kementerian Luar Negeri Switzerland di Bern tetapi tidak pula disebut nama penerima surat tersebut. Kenapa?

Mudah iaitu supaya tidak ada sesiapa pun yang dapat buat semakan atau cross-check untuk menentukan kesahihan surat tersebut dan sama ada pihak Kementerian Luar Negeri Swiss benar-benar telah menerima surat itu. Atau ianya hanya sekadar wayang murahan tipu helah Clare Brown.

Setelah terdedahnya pembohongan dan manipulasi sumber yang digunapakai oleh Sarawak Report, kita sudah tentu sangsi dengan surat tersebut dan kita lebih mempercayai bahawa surat tersebut hanya sekadar show murahan sahaja.

Dan seperti tuduhan-tuduhan jahat sebelum ini, penulis Sarawak Report ini juga membuat tuduhan jahat yang korupsi di pihak berkuasa Thailand adalah dibelakang penangkapan Xavier Justo.

Claire Brown juga telah berbohong kononnya berita penangkapan tersebut tidak disiarkan di Thailand atau tempat lain. Padahal, beberapa portal berita Thailand dan luar negeri turut melaporkan berita penangkapan tersebut. Contoh:

http://www.bangkokpost.com/news/general/601584/swiss-man-accused-of-najib-smear-plan

http://news.thaivisa.com/thaivisa-news/former-petrosaudi-it-exec-arrested-at-samui/101093/

http://www.blick.ch/news/ausland/mega-korruptionsfall-schweizer-whistleblower-in-thailand-verhaftet-id3901483.html

Satu persoalan besar ialah kenapa Xavier Justo berada di Tambon Angthong, Koh Samui, Surathani, Thailand bersama dokumen-dokumen yang dicuri beliau dari PetroSaudi?

Jika Clare Brown benar-benar prihatin kepada ‘hal ehwal dan keselamatan’ Xavier Justo, kenapa Xavier tidak berada di dalam negara sendiri atau negara-negara Eropah yang lain di mana mungkin ada undang-undang yang boleh menyekat sebarang tindakan ke atas pemeras ugut dan pencuri maklumat syarikat?

Jawapannya mungkin seperti komentar di dalam blog Sarawak Report. Anda baca printscreen di bawah:

Pemeras ugut pencuri maklumat syarikat PetroSaudi telah ditangkap. Dan di antara kenyataan pakar Protection Group International (PGI) tentang maklumat curi yang diubah dalam Sarawak Report:

“Semua siasatan kami telah dijalankan setakat ini menjuruskan saya untuk mengatakan bahawa, dari kedua-dua perspektif forensik dan pakar, maklumat [berkaitan dengan isu ini] yang disiarkan di Internet dan kepada mereka yang ingin membuat kesimpulan daripadanya, ia boleh dianggap tidak selamat dan tidak boleh dipercayai” kata beliau.

Dan sekarang, beberapa portal berita, individu dan media sosial terutamanya portal-portal pro-pembangkang dan lidah rasmi Pakatan Pembangkang terkena tempiasnya. Mereka juga bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Semuanya kerana laporan mereka yang merujuk kepada dokumen-dokumen curi dan diubah di dalam Sarawak Report.
The Edge dan pemiliknya diberi amaran kerana laporan yang merujuk Sarawak Post. KDN juga mnyatakan bahawa penerbitan sebarang bentuk berita palsu, boleh mengakibatkan lesen organisasi media yang terbabit dibatalkan oleh KDN di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (APMC) 1984.
Satu perkara yang menarik ialah ada pihak yang menggunakan alasan bahawa kita perlu tunggu kesudahan kes penangkapan Xavier Justo atau keputusan perbicaraannya. Kesahihan penangkapan ini mesti dibuktikan oleh pihak berkuasa, kata mereka.
Ironinya, perkara yang samalah yang kerap dikatakan tentang isu 1MDB. Biarlah pihak berkuasa seperti Akaun Negara, bi-partisan PAC dan Bank Negara Malaysia menyelesaikan siasatan mereka dahulu sebelum menunding jari ke mana-mana pihak.
Jika pihak itu mahu pihak lain merujuk kepada kesudahan dan keputusan pihak berkuasa Thailand maka pihak itu juga patut menerima untuk menunggu hasil siasatan pihak berkuasa di Malaysia tentang 1MDB. Logik dan mudahkan.
Yang menarik juga ialah hasil siasatan PGI yang berjaya membuktikan kaitan di antara Xavier Justo dan Sarawak Report. BACA SINI
UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: PEMBOHONGAN TERBARU SARAWAK REPORT TENTANG PETROSAUDI & XAVIER JUSTO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium