1MDB – Pengurusan model’smart economy’ - pakdin.my

Jom kita membaca tambah ilmu sikit..jangan jadi UNEDUCATED..

Untuk Tatapan umum..

Sekarang 1 MDB bukan Lagi Rahsia ..
Yang tidak faham boleh refer rakan-rakan yang belajar Ekonomi ye..

Sampai kebanyakan negara luar mengiktiraf pengurusan ekonomi jenis ini dikatakan SMART..

Tidak hairan Kerabat Diraja Arab Saudi berminat kan..

Wallahulam

#SekadarKongsiYangLogik
#BiarYangTahuEkonomiTerangkanDiruangKomen
—————

Dikatakan laporan audit terhadap 1MDB sudah tidak lagi ditakrifkan sebagai Akta Rahsia. Maka saya terbaca satu posting dari seorang rakan.

Katanya yang merujuk kepada laporan itu, “sampai Mei 2039, kena bayar RM 42.26 bilion. RM 1.52 bilion setiap tahun kena bayar sampai Mei 2024. Tahun 2016 kena bayar RM4.88 bilion, tahun 2023 kena bayar RM14.74 bilion dan tahun 2039 kena bayar RM5.14 bilion”.

Bagi saya, adakah orang biasa faham dengan laporan ini ?

Walaupun ia hanya satu laporan eksekutif yang biasanya merupakan “summary” bagi sesuatu laporan kewangan atau audit. Orang yg bukan dalam bidang kewangan dan pelaburan akan mengangap “figure” itu macam satu KESALAHAN kepada 1MDB.

SAYA TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK dalam memberikan ulasan ini, tetapi ia berpandukan kepada MODEL PERNIAGAAN 1MDB.

Kita di Malaysia memahami bahawa jika hendak berniaga mesti ada modal barulah boleh menjalankan perniagaan. Jadi persepsi ini terus mewarnai rakyat kebanyakan. Namun perniagaan 1MDB ialah “dengan hutang tambah lagi hutang dan akhirnya mendapat aset”.

Perniagaan jenis ini adalah sama model perniagaan negara Singapura. Di mana Singapura tiada hasil bumi, maka ia membuat satu bentuk “pasaran modal” utk menjana keuntungan. Kita ketahui hutang Singapura ialah US$1.766 trilion (bukan bilion ya). Sebenarnya ia bukan HUTANG dalam ertikata sebenarnya. Ia adalah nilai modal pasaran.

Kebanyakannya adalah milik pelabur asing yang membeli bon, sekuriti dan pelbagai jenis perniagaan. Malah setengahnya adalah bentuk “jaminan liabiliti” yg berada di atas kertas sahaja. Hanya hutang atas kertas sahaja, bukan hutang secara fizikal. Malah paras hutang berbanding KDNK ialah 112%.

Mengikut teori jika nisbah ini terlalu tinggi, maka risiko muflis adalah lebih tinggi. TETAPI kita dapati agensi penarafan antarabangsa Moody’s, Standard & Poor dan Fitch memberi rating AAA bagi Singapura. Bermakna walaupun hutang yg tinggi tetapi MAMPU membayar hutang maka penarafan ini biasanya kategori A.

MENGAPA HUTANG WARGA ASING JUGA DIKATAKAN HUTANG SINGAPURA ?

Sejak tahun 2014, Bank Dunia mahukan semua negara di dunia menggunakan format terbaru untuk pelaporan HUTANG NEGARANYA. Sebab itu semua hutang warga asing, syarikat tempatan dan asing, hutang individu dan isi rumah semuanya dianggap hutang negara.

KEMBALI kepada 1MDB, di mana ia meniru model perniagaan Singapura untuk menjana aset. Dengan modal berbayar RM1 juta sahaja. Kemudian kerajaan memberi “guarantee” dalam bentuk “jaminan liabiliti” supaya bank-bank tempatan dan asing memberikan pinjaman kepada 1MDB.

Mengikut format terbaru Bank Dunia, jaminan liabiliti ini bermakna ia adalah hutang negara. TETAPI ia hanya satu figure atas kertas sahaja, bukannya hutang sebenarnya. Sebab itulah dalam angka hutang negara nampak mencanak, tetapi ia bukan hutang sebenarnya.

PERLU diberi perhatian, jika kita membaca laporan kewangan negara semasa Mahathir memerintah dahulu dan era DS Najib, kita dapati dua angka yg jauh berbeza. Kerana masa era Tun M menggunakan format pelaporan bentuk lama, masa era DS Najib mengunakan format yg terbaru. Format terbaru Bank Dunia biasanya adalah TIGA KALI GANDA daripada format lama.

Contoh, jika zaman Mahathir, hutang negara ialah RM100 bilion, ketika itu hutang warga asing, syarikat asing & tempatan tidak ditakrifkan sebagai hutang negara. Tetapi diera DS Najib, hutang warga asing, hutang syarikat awam & tempatan serta hutang individu juga dianggap hutang negara. Maka dengan itu, hutang negara di zaman DS Najib akan jadi RM300 bilion. HARAP anda fahamakan KONSEP ini dahulu.

TENTANG kes 1MDB pula, dengan jaminan kerajaan itu, ia meminjam wang, yakni menambah hutang. Kemudian pinjam lagi dan tentunya tambah lagi hutang. Akhirnya hutang juga menimbun tetapi hutang ini telah BERTUKAR dalam bentuk aset. 1MDB telah membeli banyak aset termasuk sektor tenaga yg dibeli dari pengeluar tenaga bebas (IPP) dari dalam dan luar negara.

1MDB juga telah melakukan join venture dengan syarikat asing terutamanya SaudiPetro yg syarikat ini didaftarkan di Pulau Cayman. 1MDB beli tanah di segi tiga emas (golden triangle) di pusat bandar KL iaitu TRX. 1MDB juga beli tanah tapak lapangan terbang Sg Besi yg dijadikan Bandar Malaysia. 1MDB juga ada tanah di Pulau Indah, Selangor. 1MDB juga ada tanah di Ayer Hitam, Pulau Pinang.

Untuk proses rasionalisainya, 1MDB telah menjual sebahagian daripada asetnya untuj mendapat tunai bagi membayar faedah bon dan lain-lain kos operasi. Sebab itulah 1MDB telah jual Edra, iaitu entiti tenaga kepada firma China.

Kini aset 1MDB telah melebihi daripada liabilitinya. Kita tahu, nilai aset lebih CEPAT meningkat berbanding kadar faedah. Oleh itu pegangan aset 1MDB akan lebih tinggi selepas ini. Ia mampu utk membayar semua pinjamannya.

Malah jika sekarangpun dijual, iaitu dicairkan aset utk mendapat wang tunai. 1MDB sudah tidak berhutang lagi malah dapat untung. Inilah yg dikatakan perniagaan “smart”, dengan hutang buat hutang akhirnya kita untung.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/1mdb

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB - Pengurusan model'smart economy'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium