27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

1MDB Sudah Tiada Isu, Apa Yang Perlu Dialihkan?

Dakwa PPBM, isu tanah Felda di Jalan Semarak ini sengaja ditimbulkan pemerintah untuk mengalih perhatian rakyat dari perkara berkaitan 1MDB. Persoalannya, apa keperluan kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat bila 1MDB tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh dipolemikan lagi?

Pelbagai siasatan yang dijalankan di dalam dan luar negara menunjukkan, tiada sebarang kes yang boleh dikaitkan dengan 1MDB. Buktinya, sehingga sekarang, satu pendakwaan di Mahkamah pun tidak dikenakan terhadap syarikat tersebut

Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menunaikan janjinya dengan membenarkan siasatan dijalankan sedalam-dalamnya ke atas 1MDB termasuk oleh pembangkang sendiri melalui wakil mereka dalam PAC.

Isu 1MDB ini sebetulnya sudah selesai dan semua dakwaan pernah dibangkitkan oleh Mahathir telah dibuktikan sebagai tidak benar. Salah satu bukti kemajuan ialah 1MDB bakal selesaikan bayaran kedua sebanyak AS$602 juta termasuk faedah kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada atau sebelum tarikh akhir 31 Disember.

Kalau pun ada ‘skandal’ yang terdedah dalam isu ini, ia adalah melibatkan IPIC, melalui arahan agar 1MDB membayar caj perkhidmatan oleh syarikat itu, kepada Abrar Pjs Investment – syarikat yang sebenarnya tidak wujud. Ini bukan masalah 1MDB kerana 1MDB hanya membayar kepada siapa yang diarahkan IPIC untuk perkhidmatan yang telah diberikan.

Tentang kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat, Jefferson Session berkenaan 1MDB yang dijadikan senjata oleh Pakatan, sebetulnya beliau hanya mengulas laporan yang diterima DoJ berkaitan perkara tersebut dalam forum yang membincangkan tentang penggubahan wang haram – tuduhan yang Mahathir cuba kaitkan ke atas 1MDB melalui laporan yang dibuat oleh pengikutnya sendiri.

Ini tidaklah membuktikan apa-apa kerana walaupun di Amerika Syarikat, masih Mahkamah yang akan membuat keputusan wujud sebarang kesalahan atau tidak, bukan pejabat Peguam Negara.

Tak hairanlah kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang pendakwaan terhadap 1MDB mahupun sesen harta yang telah dirampas dari syarikat tersebut, dilakukan di Amerika Syarikat atau mana-mana satu dari 7 negara asing dimana laporan mengenai 1MDB dibuat.

Memetik kata Jeff Session sendiri, harta yang dirampas akan dipulangkan kembali kepada negara asal, jika ada, berapa nilai wang yang sudah rakyat kita terima dari kes berkenaan? Tidak ada.

DoJ sendiri perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul bersabit tindakan mereka yang mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1MDB.

Justeru apa keperluan kerajaan menggunakan isu tanah Felda di Jalan Semarak untuk mengalihkan perhatian rakyat dari 1MDB?

Sebetulnya, Pakatan, terutama PPBM, sudah nampak isu tanah Felda di Jalan Semarak ini tidak mampu menggugat kerajaan. Semua orang tahu sekarang bahawa dalam isu berkenaan, Felda yang ditipu syarikat yang diberi kuasa memajukan tanah tersebut, bukan kerajaan menipu Felda atau Felda menipu peneroka atau Felda menipu Felda.

Diakhirnya, tindakan pihak pembangkang mahu memburukkan nama baik Perdana Menteri melalui 1MDB bukan sahaja tidak menjadi malah terbukti gagal. Jadi, tidak mustahil dalam beberapa hari ini pembangkang akan mencari dan menggunakan isu baharu pula.

Sebab pembangkang tidak akan mampu hidup sekiranya tiada isu untuk mereka pergunakan bagi memperbodoh rakyat di Malaysia. Namun dalam masa yang sama mereka sudah semakin tumpul dan muflis. Semua propaganda dan serangan mereka telah berjaya dipatahkan oleh pasukan kerajaan.

Jika rakyat terus percaya kepada pembangkang, nescaya negara kita akan hancur dan dikuasai oleh mereka yang diktator, kronisme dan sekularisme.

Tulisan :
Beruang Biru
BB713, Selasa
26 Disember 2017

********************
Inilah beberapa pernyataan dari Pakatan di mana ada menyebut mengalih isu 1MDB.

  1. Penang graft cases ‘aimed at diverting attention from 1MDB’
    https://www.themalaysianinsight.com/chinese/s/12117/
  2. BMF, forex scandals to ‘divert attention’ from 1MDB, says Dr M’s lawyer
    https://www.malaysiakini.com/news/370865

  3. MALAYSIA CORRUPTOIN ARRESTS A BID TO DIVERT ATTENTION FROM 1MDB
    http://www.scmp.com/week-asia/politics/article/2017127/are-malaysia-arrests-bid-divert-attention-1mbd-scandal

  4. ‘Chinese targeted to divert attention from 1MDB’
    https://www.malaysiakini.com/news/314486

  5. Dr Mahathir: Red shirt rally held to divert attention from 1MDB
    http://www.asiaone.com/malaysia/dr-mahathir-red-shirt-rally-held-divert-attention-1mdb

  6. Najib using political funding reforms to divert focus from 1MDB probe, DAP says
    https://news.malaysianreview.com/13343/najib-using-political-funding-reforms-to-divert-focus-from-1mdb-probe-dap-says/

  7. Isu tanah Felda untuk alih perhatian skandal 1MDB, kata bekas pegawai khas Isa
    https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/29308/

Kalau kucing jatuh longkang pun akan dituduh nak alih isu 1MDB.






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan