25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

1MDB Terus Penuhi Obligasi Hutang

1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekali lagi membuktikan pengkritiknya salah apabila, pada 29 Jun, 2016, telah membayar RM1.579 juta kupon faedah bagi sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia yang matang pada 2024.

1MDB, ketika dihubungi mengesahkan pembayaran berkenaan.

Pembayaran itu merupakan pembayaran faedah kedua yang dibuat oleh 1MDB sejak pertikaiannya dengan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Pembayaran pertama pada Mei apabila 1MDB membuat pembayaran kupon berjadual berjumlah RM143.75 juta bagi Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) RM5 bilion pada 5.75 peratus yang matang pada 2039.

Kedua-dua bayaran itu menunjukkan bahawa syarikat mempunyai kecairan yang mencukupi untuk membuat bayaran faedah dan memenuhi obligasi hutang semasanya walaupun terdapat kritikan.

Pembayaran itu juga menunjukkan komitmen syarikat terhadap obligasi hutang.

“1MDB menegaskan bahawa, walau apa pun pertikaian dengan IPIC, syarikat akan terus memenuhi obligasi hutang semasa,” kata Presiden 1MDB Arul Kanda.

Beliau menegaskan bahawa syarikat itu kekal fokus untuk menyelesaikan pertikaian dengan IPIC dan komited kepada proses dialog berterusan dan berusaha ke arah penyelesaian demi kepentingan semua pihak berkepentingan.

Seorang peguam kanan dihubungi Bernama berpendapat timbang tara sebagai kaedah mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dan merupakan opsyen yang biasanya terdapat dalam kontrak.

“Oleh itu, tindakan tersebut bukan suatu yang luar biasa dan proses ini dikawal oleh peraturan timbang tara,” katanya.

Dalam kes pertikaian 1MDB-IPIC, IPIC memfailkan permintaan timbang tara dengan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) dan 1MDB mempunyai tempoh sehingga 11 Julai 2016 untuk mengemukakan jawapan balas sama ada bersetuju dengan proses timbang tara itu.

Syarikat itu berkata ia akan memfailkan jawapan segera pada atau sebelum tarikh akhir.

Bagaimanapun, sesetengah pihak membuat tanggapan salah yang 1MDB dan pemegang saham perlu membuat pembayaran obligasi pada 11 Julai 2016.

Peguam kanan itu berkata, 11 Julai 2016 itu sebenarnya hanya untuk 1MDB memfailkan jawapannya kepada permintaan IPIC bagi timbang tara.

“Ia satu permulaan kepada timbang tara, yang merupakan satu proses persetujuan bersama bagi pihak yang mempertikaikan untuk menyelesaikan perkara-perkara secara baik, tanpa menjejaskan hubungan jangka panjang,” katanya.

“Jika ya, kedua-dua pihak akan melantik penimbang tara yang saling diterima oleh mereka. Pada masa itulah, baru pengurusan kes bermula dengan kedua-dua pihak memfailkan kenyataan tuntutan dan pembelaan masing-masing serta bantahan,” kata peguam itu.

Peguam itu menegaskan bahawa walaupun terdapat persamaan dengan proses mahkamah tetapi LCIA sebenarnya bukan mahkamah.

“Tidak ada kaitan antara LCIA dan mana-mana mahkamah,” kata LCIA dengan jelas dalam soalan lazim (FAQ) yang disiarkan di laman webnya: http://www.lcia.org/Frequently_Asked_Questions.aspx

Di bawah adalah beberapa perkara terpilih dalam FAQ mengenai LCIA.

S: Adakah LCIA satu badan kerajaan, atau badan yang dibiayai kerajaan?

A: LCIA tidak ada kaitan dengan, atau yang berkaitan dengan mana-mana bidang kuasa kerajaan. Ia merupakan badan swasta, bukan bertujuan mencari keuntungan, badan bebas sepenuhnya daripada mana-mana organisasi.

S: Bolehkah saya mendapatkan maklumat tentang timbang tara yang masih atau belum selesai daripada LCIA?

A: Kerahsiaan masih dianggap sebagai keutamaan asas timbang tara. Sesiapa pun yang bukan pihak kepada timbang tara, atau wakil undang-undang suatu pihak, boleh mendapatkan maklumat mengenai timbang tara yang belum selesai atau telah selesai daripada LCIA. Respons kami kepada sebarang permintaan ialah kami tidak boleh mengulas, tidak kira sama ada kami mengetahui mengenai perkara yang ditanya.
S: Adakah LCIA menyiarkan jumlah ganjaran?

A: Atas sebab kerahsiaan, berdasarkan Artikel 30 Peraturan LCIA, LCIA tidak tidak menyiarkan ganjaran.

S: Berapa lama tempoh purata timbang tara LCIA?

A: Tidak ada tempoh ‘purata’ dalam timbang tara. Jumlah wang yang menjadi persoalan, serta kerumitan teknikal dan undang-undang, mungkin berbeza antara satu kes dengan yang lain, begitu juga jumlah bukti, lisan dan bertulis, yang mungkin diperlukan untuk memutuskan pertikaian itu. Bagaimanapun, pada masa ini, kira-kira separuh daripada keseluruhan kes yang dirujuk kepada LCIA bermula dari permintaan bagi timbang tara hingga kepada ganjaran akhir biasanya dimuktamadkan dalam tempoh 12 bulan atau kurang, dan lebih daripada tiga suku tahun dalam 18 bulan atau kurang.

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...