1MDB: The Edge mengaku perdaya Justo - pakdin.my

1mdb_Ho Kay Tat_theedge

The Edge Media Group hari ini mengakui memperdayakan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo untuk mendapatkan dokumen berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri daripada bekas majikannya

Pengakuan itu dibuat oleh Pengerusinya, Tong Kooi Ong dan Penerbit, Ho Kay Tat, dalam kenyataan bersama yang disiarkan portal The Malaysian Insider pagi tadi.

Merujuk laporan akhbar The Straits Times hari ini bahawa Justo mendakwa beliau tidak dibayar AS$2 juta (RM7.62 juta) sebagai pertukaran kepada maklumat yang dicurinya seperti yang dijanjikan, mereka mengakui tiada pembayaran dibuat seperti yang dikehendaki Justo.

“Ya, kami memperdayakan beliau…. Kenyataan beliau itu mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini, iaitu kami tidak membayar kepada sesiapa,” menurut kenyataan itu.

Tong dan Ho juga menyatakan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan sedia membantu pasukan penyiasat, tidak seperti beberapa individu yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.


The Edge Bukan Sahaja Pandai Menipu Justo Tetapi Telah Perdaya Rakyat Malaysia
image

Akhirnya Xavier Justo mendedahkan pihak yang beliau temui untuk blackmail dan burukkan syarikat Petro Saudi iaitu Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat. Kedua duanya adalah daripada The Edge Media Group. Tong Kooi Ong adalah pengerusi The Edge Media Group, manakala Ho Kay Tat pula adalah penerbit.  Jumlah yang dijanjikan oleh pihak The Edge bukanlah sedikit, tetapi besar jumlahnya iaitu RM7.6 juta. Daripada mana The Edge memperoleh duit yang sebegitu banyak untuk membayar dokumen blackmail Justo? Apakah ada pemimpin politik dari pembangkang terlibat sama berkonspirasi ?

tongkoi

Pengakuan The Edge, Mereka Tipu Justo

Dalam satu artikel yang ditulis di Malaysian Insider bertajuk “Benar, kami perdaya bayar Justo dapatkan bukti penipuan AS$1.83 bilion”, The Edge akui bahawa mereka mahu membayar Justo untuk maklumat tersebut. Namun akhirnya Justo telah ditipu. Bila ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand, The Edge mulai cuci tangan dan mendakwa bahawa apa yang mereka lakukan adalah tidak salah.

Lester Melanyi sudah nyatakan dalam video pendedahan pertamanya yang pertama dan kedua bahawa 90% maklumat yang ditulis oleh kumpulan media The Edge termasuklah Malaysian Insider serta Sarawak Report adalah tidak benar dan perkara yang telah direka reka. Ini bermakna The Edge sendiri telah menipu rakyat Malaysia dan pembaca portal Malaysian Insider dengan data dan cerita yang palsu dan direka untuk disensasikan.

Dosa Penipuan Besar The Edge Pada Rakyat Malaysia

1) The Edge sebenarnya tahu bahawa sebenarnya adalah salah untuk mendapatkan maklumat blackmail daripada Justo dan kemudian menjanjikan habuan RM7.6 juta untuk maklumat tersebut. Namun mereka tetap lakukan juga kesalahan tersebut.

2) Tong Kooi Ong sendiri telah tandatangan satu surat perjanjian bernilai RM7.6 juta untuk pembelian maklumat tersebut dengan menyatakan ianya adalah atas urusan perniagaan teknologi maklumat. Ini satu lagi kesalahan yang dilakukan oleh The Edge.

3) Tong Koi dan Ho Kay Tai telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Justo dan Clare Brown tentang bagaimana cara untuk membayar habuan blackmail RM7.6 juta tanpa diketahui  dan dikesan oleh pihak bank. Ini satu lagi kesalahan “money laundering” kerana mereka sendiri tahu bahawa membeli maklumat sebegitu adalah salah dari segi undang undang.

4) Di bawah undang undang Whistleblower’s Act, maklumat itu boleh didapatkan secara undang undang dan ianya tidak boleh didedahkan kepada umum secara penambah perisanya dan secara “nasi tambah”.

Rakyat Malaysia selama ini, dihidang dengan cerita dan tajuk sensasi daripada rangkaian media The Edge sendiri iaitu Malaysian Insider, The Edge Financial Daily dan BFM radio. Sebenarnya cerita cerita itu sebenarnya bertujuan untuk memburukkan PetroSaudi dan menjatuhkan kerajaan melalui rekaan cerita cerita tidak benar tentang 1MDB.

Jika diliihat pada company overview The Edge, jumlah RM7.6 juta untuk proses pembelian maklumat adalah jumlah yang besar. Perniagaan asas The Edge pula adalah berasas kepada surat khabar, radia BFM dan portal. Daripada mana wang RM7.6 juta itu boleh diperolehi? Apakah perniagaan sebegini mendatangkan keuntungan yang berpuluh juta jumlahnya?

theedge

Berkonspirasi Dengan Sarawak Report

The Edge juga mengadakan beberapa siri perbincangan dan diskusi dengan penulis Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown tentang kanduangan apakah yang boleh dikeluarkan dalam portal dan kandungan manakah yang perlu disensasikan dengan “nasi tambah dan garam” untuk menyedapkan bacaan rakyat Malaysia. Mereka juga merancang bagaimana data data itu boleh digunakan untuk dihubung kait dengan kepimpinan Dato Seri Najib Razak dan pengurusan 1MDB. Data itu pada asasnya adalah daripada PetroSaudi, tetapi sudah diubah suai untuk tujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia.

Apa untungnya The Edge buat begitu? Jualan surat khabar, majalah mereka akan meningkat. Ekonomi Malaysia boleh diganggu dengan berita berita sensasi. Pasaran saham dan kedudukan mata wang boleh diganggu sebagaimana tahun 1998 oleh George Soros. Pelaburan ke Malaysia boleh direncatkan tentang cerita cerita tidak baik yang direka dan ditulis oleh mereka. Tujuan akhirnya apa? Mereka mahu jatuhkan kerajaan yang dipilih di Putrajaya secara serangan media dan ekonomi. Serangan persepsi dan kebencian terhadap kerajaan yang dimahukan oleh The Edge.

036_sigh_liers_650

Rakyat Malaysia Sedang Ditipu Oleh The Edge

Jika rakyat Malaysia terus sahaja terima bulat bulat apa yang ditulis oleh The Edge, nescaya masuklah dalam perangkap dan motif yang diinginkan oleh The Edge. Sebenarnya secara tidak sedar, rakyat Malaysia sudah pun ditipu oleh angka dan maklumat palsu yang direka reka oleh The Edge. Xavier Justo pun telah ditipu, rakyat Malaysia juga ramai yang kena tipu dengan The Edge. Sudah sudahlah kena tipu. Usahlah kita ditipu pulak oleh pihak yang ada agenda lain terhadap negara ini. Hentikan semua ini.

 

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: The Edge mengaku perdaya Justo

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium