1MDB: Tiada Dana Diberikan Kepada PM - pakdin.my

1mdb-sarawak-report-penipuan-akaun-najib

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan bahawa syarikat pelaburan strategik kerajaan itu tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Syarikat tersebut menerusi satu kenyataan media menjelaskan mengenai perkara itu bagi mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) pada Jumaat yang mendakwa dana hampir AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
“Merujuk kepada laporan berita yang disiarkan awal pagi Jumaat, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tersebut tidak pernah memberikan apa-apa dana kepada Perdana Menteri.
“Tindakan menyebarkan laporan tidak tepat itu adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan satu percubaan untuk melemahkan syarikat ini,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, Sarawak Report mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB menerusi pendedahan maklumat yang dibocorkan oleh bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Justo yang kini ditahan di Thailand.

Laporan Sarawak Report yang turut diubah itu digunakan untuk mengelirukan orang ramai mengenai isu 1MDB turut dipetik akhbar The Edge.
“Kenyataan baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya mengenai kebenaran beberapa dokumen ‘bocor’ oleh media tertentu, dan blog Sarawak Report,” menurut kenyataan itu.
Menurut 1MDB, berdasarkan laporan akhbar, dokumen yang dibocorkan itu telah diubah dan digunakan Justo untuk memeras ugut bekas majikannya.
“Kami terkejut bahawa dokumen seperti ini, di mana kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB,” katanya.
Menurut 1MBD, mereka telah memberi kerjasama penuh terhadap Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Bank Negara yang memulakan siasatan terhadap syarikat itu.
“Pihak berkuasa mempunyai semua maklumat yang berkaitan, dan IMDB meminta semua pihak menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan lanjut dan penghakiman,” katanya.
1mdb-sarawak-report-hentam-dulu
 

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 3 Julai 2015
Untuk siaran segera

1MDB tidak pernah berikan dana kepada PM

Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri.  Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.

Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa  dokumen yang ‘dibocorkan’ yang mana beberapa media tertentu, dan blog-blog online seperti Sarawak Report, telah gunakan untuk mengelirukan masyarakat dan memberikan justifikasi untuk dakwaan palsu terhadap syarikat dan kerajaan.

Berdasarkan laporan-laporan akhbar, dokumen-dokumen ini didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh seorang individu – yang kini ini ditahan di sebuah negara asing – untuk  memeras ugut bekas majikannya.

Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini, yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap  1MDB.

1MDB kini sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara.  Pihak-pihak berkuasa ini mempunyai semua maklumat berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan seterusnya dan bergegas untuk menghakimi perkara tersebut.

PMO FACEBOOK
https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/1133478170001494
PMO TWITTER
https://twitter.com/pmomalaysia/status/616845280978145280
 

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Tiada Dana Diberikan Kepada PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium