26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

1MDB: Tiada kesalahan dalam siasatan Bank Negara – AG

1mdb-peguam-negara

Jabatan Peguam Negara (AG) memutuskan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiada tindakan lanjut perlu diambil berdasarkan kertas siasatan (IP) oleh Bank Negara.

Jabatan Peguam Negara berkata siasatan Bank Negara terhadap 1MDB telah memberi tumpuan kepada kesalahan di bawah perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 secara sedar, atau secara melulu, membuat pernyataan palsu dalam sesuatu butiran.

“Kertas siasatan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Ogos.

“Setelah mengkaji IP, Timbalan Peguam Cara I Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, memutuskan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada sebarang tindakan lanjut perlu diambil,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jabatan Peguam Negara berkata, IP telah dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September.

“Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara menghantar surat permohonan kepada Pejabat Peguam Negara supaya keputusan itu dikaji semula.

“Setelah mempertimbangkan permintaan itu dan tiada sebarang bukti baru, Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum ini.

“Laporan berita antara 12 September 2015 hingga ke hari ini mengenai IP masih berada dengan Jabatan Peguam Negara dan perbincangan sedang dijalankan, adalah tidak tepat dan tidak benar,” katanya.

Kenyataan pada Khamis dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja pada hari Selasa di mana Majlis Raja-Raja Melayu berkata, kerajaan perlu melengkapkan siasatan kontroversi 1MDB seberapa segera yang mungkin dan mengambil “tindakan tegas yang sesuai” terhadap pihak yang didapati terbabit dengannya.

Pada Rabu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap sesiapa sahaja, walaupun selepas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, mereka telah menyelesaikan siasatan mereka ke atas 1MDB dan telah menyerahkan penemuan mereka kepada AG pada bulan Ogos.

“Jika siasatan Bank Negara mendedahkan bukti kesalahan, adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit,” Muhyiddin dilaporkan berkata.

Jabatan Peguam Negara juga berkata Pasukan Petugas yang menyiasat 1MDB  tidak pernah dibubarkan atau dihentikan siasatannya.

“Jabatan Peguam Negara tidak pernah membuat apa-apa pernyataan yang bermaksud sedemikian. Malah siasatan yang dijalankan oleh agensi masing-masing tidak pernah pada bila-bila masa dihentikan atau terhalang.

“Jabatan Peguam Negara menjalankan pemantauan secara konsisten serta memberi arahan kepada agensi yang relevan bila mana siasatan dirujuk kepada jabatan, termasuk arahan untuk mempercepatkan siasatan.

“Setakat ini Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum selesai menjalankan siasatan berikutan tiada kenyataan saksi direkodkan,” katanya.

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...