26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 23, 2021

1MDB: Waran Antarabangsa Ekstradisi Pengasas Sarawak Report Clare

1mdb-sarawak report-clare rewcastle crown

Kerajaan Malaysia boleh memohon waran antarabangsa bagi mengekstradisi pengasas portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown ke Malaysia, kata peguam veteran dan ahli politik, Tan Sri M.Kayveas.

Katanya, ini boleh dilakukan jika terdapat bukti cukup bahawa portal yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu telah mengubahsuai maklumat sulit yang ia terima daripada bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo.

Kayveas memberitahu Bernama, di sini Isnin jika perbuatan itu benar, kerajaan hendaklah mendakwa Brown di bawah Akta Fitnah.

Kavyeas yang juga presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) mengulas laporan media yang menyebut jurucakap polis Thai Lieutenant-General Prawut Thavornsiri sebagai berkata bahawa maklumat yang dijual oleh warga Swiss itu dan apa yang terbit di portal Sarawak Report tidak serupa.

Kayveas berkata, dalam mendapatkan waran antarabangsa untuk tujuan ekstradisi, Peguam Negara hendaklah terlebih dahulu meneliti dan membincangkan kes itu dengan rakan sejawatannya dari UK.

Pilihan lain, kata Kayveas, ialah mendakwa portal itu kerana fitnah di mahkamah UK.

“Kita masih boleh mendakwa mereka (Sarawak Report) di bawah akta fitnah di UK, kerana kedua-dua negara mempunyai kanun keseksaan yang serupa,” kata beliau.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.