32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

1MDB: Zahid harap Pua sedia debat bagi hurai segala persoalan

1mdb tony pua debat

Perdebatan terbuka secara langsung antara Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy diharap dapat menjelaskan kedudukan sebenar syarikat pelaburan strategik negara itu.

“Saya harap (ia) menjernihkan fakta-fakta yang keruh dan pencerahan dilakukan Arul akan dapat memberi gambaran yang sebenar tentang apa yang berlaku dan bukan memesongkan fakta.

“Saya harap perbahasan dapat dibuat secara terbuka dan langsung. Maka (dengan cara ini), keberanian dan kejantanan terserlah,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat peringkat jawatankuasa tinggi agensi keselamatan sempadan di Putra Perdana, Putrajaya, Isnin.

Menurutnya, Arul telah menunjukkan keikhlasan apabila menggesa Pua yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP agar meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Apabila Arul minta supaya Pua letak jawatan sebagai ahli PAC, itu ertinya, beliau cadangkan jangan gunakan hal sebagai ahli PAC di luar (mesyuarat).

“Maknanya, Arul ikhlas menyahut cabaran. Tapi Pua pula tak nak debat, nak persoal,” katanya berhubung sikap Pua yang sebelum ini lantang mengkritik 1MDB sekalipun PAC sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat itu.

Katanya, Pua tidak boleh ubah pendirian kerana beliau yang memulakan cabaran.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan penaiktarafan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kepada status Agensi Keselamatan Sempadan berkuatkuasa hari ini.

Ia bertujuan memperluaskan kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan dengan kementerian dan agensi penguatkuasaan lain.

Menurutnya, kenaikan taraf dari segi pentadbiran itu diyakini akan meningkatkan keselamatan sempadan negara dengan usaha tertumpu kepada pencegahan penyeludupan, pencerobohan dan pemerdagangan manusia.

“Penubuhan agensi ini dilihat dapat mengukuhkan pengurusan sempadan dengan satu akta khusus yang menggariskan peraturan dan skop bidang kuasa kawal selia sempadan dengan lebih jelas.

“Isu pengurusan dan integriti anggota penguat kuasa juga dapat diperkukuhkan dengan bernaung di bawah satu agensi yang memiliki struktur lebih telus dan penugasan yang lebih teratur,” katanya.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan