25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

2 Adun DAP antara 3 ditahan, dikaitkan dengan pengganas LTTE Sri Lanka

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengesahkan penahanan mereka

Polis hari ini menahan tiga lelaki termasuk dua anggota Dewan Undangan Negeri DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan, dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengesahkan penahanan mereka.

G Saminathan, yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka, dan ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya, P Gunasekaren, ditahan oleh pegawai Bukit Aman pagi ini, bersama pemimpin NGO India dari Perak.

Sumber berkata, mereka sedang disiasat kerana hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kumpulan pemisah yang terlibat dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.