2 Adun PAS dianggap barua tidak akan barisi Exco – Khalid Samad - pakdin.my

KhalidSamad

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ia disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad yang juga berkata, sekiranya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkeras mahu melantik Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin, maka pastinya akan timbul pelbagai salah faham di kalangan masyarakat.

“Tak akan dilantik kerana jika mereka dicadangkan sekali pun dan menerima, maka khuatir akan timbul salah faham seolah-olah jawatan itu bukan diberikan atas dasar kebolehan tetapi dasar mereka menyokong.

“Itu tidak akan menimbulkan keadaan yang baik. Saya rasa mereka berdua memahami siuasi itu. Mereka pun nak buktikan mereka berikan sokongan itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” katanya di Markas Besar PAS di Pengkalan Kubor, pada Rabu.

Tambah Khalid apa yang dilakukan Saari dan Hasnul adalah berdasarkan ijtihad mereka sendiri bagi membuktikan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid sudah tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, apa yang perlu dilakukan dua Adun itu ialah kembali meyakinkan ahli PAS mereka tidak meninggalkan parti dan berdepan dengan pucuk pimpinan parti Islam berkenaan.

“Mereka ada ijtihad sendiri penting untuk pastikan Khalid tiada majoriti. Saya yakin jika Azmin tawarkan kepada mereka sekali pun, mereka cukup pintar untuk memahami satu implikasi yang tidak diinginkan.

“Mereka perlu terus bersama PAS dan ingatkan orang PAS mereka tidak pernah keluar PAS. Mereka tidak lompat parti. Jika mereka ditawarkan (exco), mereka perlu merujuk kembali kepada pimpinan dan secara peribadi lebih baik tidak diterima,” katanya.

UTAMAPOLITIK2 Adun PAS dianggap barua tidak akan barisi Exco - Khalid Samad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium