2 Anggota Polis Dirakam Keterangan Berhubung Penyebaran Gambar Pegawai Ambank, Norazita Abu Talib - pakdin.my

Norazita Abu Talib

Dalam perkembangan berkaitan, dua anggota polis telah dirakam keterangan susulan penyebaran gambar pegawai bank yang mati ditembak oleh pengawal keselamatan dalam rompakan sebuah bank di Subang Jaya, Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahalan ketika mengesahkan perkara itu berkata kedua-dua anggota berkenaan berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 2-3-3 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Siasatan juga menjurus sama ada terdapat kakitangan bank berkenaan yang terlibat menyebarkan gambar berkenaan.

Gambar mangsa, Norazita Abu Talib yang maut terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan tersebar di laman sosial tidak lama selepas kejadian.

Ini disusuli penyebaran rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan kejadian tersebut.

Dalam rompakan itu, suspek melarikan wang tunai RM450,000.

Tiga ahli keluarga suspek telah ditahan untuk membantu siasatan selain penemuan semula wang tunai RM20,000.

 

UTAMABERITA2 Anggota Polis Dirakam Keterangan Berhubung Penyebaran Gambar Pegawai Ambank, Norazita Abu...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium