30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

2 Maut Kemalangan Ngeri di Kuala Kubu Bharu

image
Gambar oleh Amir Ali

KUALA KUBU BHARU – Dalam tempoh dua jam, dua kemalangan maut berlaku melibatkan empat kenderaan di laluan sama di Jalan Bandaran dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kemalangan pertama berlaku jam 3.20 petang melibatkan motosikal dan kereta jenis Perodua Myvi.

“Manakala kejadian kedua berlaku kira-kira jam 5.20 petang melibatkan lori muatan balak dengan sebuah kereta.

“Dalam kejadian awal, motosikal ditunggang Zaliha Che Pin, 48, dipercayai gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Myvi dipandu Low Yoke Teng, 27.

“Pertembungan itu mengakibatkan penunggang motosikal daripada Taman Teratai, dekat sini maut di tempat kejadian kerana kecederaan di bahagian kepala,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Manakala, kemalangan kedua katanya, berlaku hanya pada jarak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pertama.

Menurutnya, kejadian di Jalan Hamzah berdekatan Desa Rening itu berlaku apabila kereta dipandu S Thevandran, 28, yang datang dari arah Rasa ke Kuala Kubu Bharu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, lori muatan kayu balak itu yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta terbabit.

“Kejadian itu mengakibatkan kereta yang dipandu Thevandran terputus dua.

“Dia yang berasal dari Taman Ampang Pecah dekat sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

“Manakala pemandu lori, Abdul Majid Ismail tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun lorinya terbalik,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa kemalangan berasingan itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Menurutnya, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

 

 

 






Berita Berkaitan

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan