25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Banjir Cameron Highlands: 2 disahkan terkorban (video)

Mayat remaja lelaki mangsa banjir Cameron Highland ditemui diladang
Mayat remaja lelaki mangsa banjir Cameron Highland ditemui diladang

Mayat Tunesh A/L Ramachandran,13 tahun yang dipercayai hanyut dalam kejadian banjir kilat di Ringlet, Cameron Higlands, pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu dijumpai 5 kilometer dari lokasi kejadian kira – kira jam 8:45 pagi tadi di Sg. Telum Kuala Terla selepas dihanyutkan air semalam.

Dengan penemuan mayat itu, dua orang disahkan meninggal dunia dalam kejadian itu termasuk pekerja kebun sayur yang warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera,

wpid-banjir-lumpur-cameron-highland.jpg

Setakat jam 9 pagi ini, pasukan mencari dan menyelamat masih menunggu pihak berkuasa membawa keluar mayat berkenaan.

Polis mengesahkan 20 kediaman dan 20 kenderaan terjejas dan rosak akibat banjir lumpur di Kampung Baru Ringlet di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kediaman dan kenderaan yang terjejas adalah yang berada di tebing Sungai Ringlet di kampung berkenaan.

Beliau berkata, enam keluarga terdiri daripada 26 penduduk di penempatan itu dipindahkan ke Dewan Ringlet manakala selebihnya menumpang di rumah keluarga atau sanak saudara masing-masing.

“Kita menerima maklumat kejadian itu jam 6.30 petang semalam yang berpunca hujan lebat antara jam 6 hingga 7 petang, menyebabkan limpahan air Sungai Ringlet memasuki rumah yang berada di tepinya di kampung berkenaan.

wpid-banjir-lumpur-cameron-highland-3.jpg

“Tidak lama selepas itu sebanyak 41 keluarga terdiri daripada 177 penduduk di sekitar Lembah Bertam turut dipindahkan ke dewan sama sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ia berikutan pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar untuk menstabilkan takungan air di empangan itu malam tadi yang mencapai paras bahaya.

“Jadi bagi mengelak bahaya, air empangan terpaksa dilepaskan melalui Sungai Bertam.

“Berikutan itu polis mengambil langkah keselamatan dan langkah awal diambil dengan memindahkan mereka yang tinggal di Lembah Bertam,” katanya.

 

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.