2 parah, 2 cedera ringan akibat letupan mercun buatan sendiri - pakdin.my

mercun meletup dalam rumah

NIBONG TEBAL – Dua remaja parah manakala dua lagi cedera ringan pada bahagian tangan dan muka akibat letupan ketika cuba menghasilkan mercun buatan sendiri.

Dalam kejadian di Taman Terkukur Indah, di sini awal pagi ini, keempat-empat mangsa dikatakan sedang mencampurkan belerang beberapa jenis mercun untuk menghasilkan bunyi dan letupan yang lebih kuat.

Bagaimanapun, mercun yang cuba dibuat sendiri di dalam sebuah bilik rumah jenis pangsapuri lima tingkat itu tiba-tiba meletup sehingga turut memecahkan cermin tingkap rumah berkenaan.

Kesemua mangsa yang berumur 17 hingga 20 tahun termasuk seorang perempuan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap di sini, untuk mendapatkan rawatan.

UTAMA2 parah, 2 cedera ringan akibat letupan mercun buatan sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium