2 peguam ini kongsi langkah wajar diambil mangsa gangguan seksual online

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

BERITAmediacorp: Bukti itu ibarat senjata bagi para mangsa semasa melaporkan gangguan seksual online.

Ini kerana tanpa bukti yang secukupnya, pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan dengan itu tidak dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas pesalah.

Sehubungan itu, peguam bersekutu kanan, Cik Nur Liyana Sinwan dari K&L Gates Straits Law LLC menasihatkan para mangsa gangguan seksual online supaya mengambil beberapa langkah bagi mengumpul bahan bukti.

“Selain membuat aduan polis dan juga mendapatkan nasihat guaman, yang pertama dan utama sekali adalah untuk mengambil petikan skrin atau rakaman apa yang mereka nampak dan juga dengan cara mereka sendiri cuba untuk memberitahu jika mereka tahu nama pengguna ataupun siapa di belakangnya, untuk meminta mereka supaya menurunkan gambar ataupun apa sahaja yang dibuat tanpa kebenaran mereka.

“Kalau mereka boleh meminta surat peguam atau perintah mahkamah untuk menyuruh atau mengarahkan platform media sosial itu supaya menurunkan gambar berkenaan. Itu juga boleh dilakukan. Jadi yang utama adalah untuk melaporkan kepada platform itu sendiri. Seperti contoh kalau Instagram, kalau kita boleh membuat aduan kepada Instagram secara langsung untuk sekat pengguna itu atau turunkan gambar yang dimuatnaikkan,” jelas Cik Nur Liyana.

Itulah antara nasihat yang dikongsikan Cik Nur Liyana dan seorang lagi peguam bersekutu kanan, Syafiqah Ahmad Fu’ad dari I.R.B Law LLP bersama 68 peserta wanita dalam satu dialog tertutup yang diadakan secara online selepas terbongkar tinjauan lucah melibatkan sebilangan asatizah tempatan yang menggemparkan media sosial di sini baru-baru ini.

Dialog tersebut dianjurkan bersama oleh The Whitehatters dan Casa Raudha.

Melalui sesi dialog tersebut, para peserta juga diterangkan tentang prosedur polis, prosedur jenayah di mahkamah dan prosedur sivil.

Ada juga yang bertanya sama ada para mangsa boleh berkongsi di media sosial jika mereka mempunyai bukti atau mengesyaki seseorang menjadi dalangnya.

“Pandangan kami bahawa mereka boleh mengongsi apa yang
berlaku pada mereka secara individu tetapi mereka perlu berhati-hati jikalau memberi gambaran tentang siapa yang mereka rasa dalangnya kerana ini untuk memastikan mereka sendiri tidak melakukan perkara salah iaitu “doxxing”.

“Maksudnya, mereka tidak boleh memberi butir-butir peribadi mereka yang mereka rasa adalah dalang di sebalik perkara ini,” jelas Cik Nur Liyana.

Berhubung kejadian baru-baru ini juga, banyak pihak yang bersuara dan mahu memberi pendapat masing-masing, manakala ada juga yang mahu menjalankan siasatan mereka sendiri.

Namun, Cik Syafiqah menasihatkan agar mereka jangan berbuat demikian kerana boleh merumitkan lagi siasatan polis atau apa yang dikatakan sebagai ‘obstruction of justice’.

“‘Obstruction of justice’, ia di mana apa yang mereka lakukan membuat siasatan lagi sukar untuk polis menyiasat kes ini sebab apabila kes ini disiasat oleh polis, mereka ada prosedur mereka sendiri bukan? Jadi sewajarnya kita jangan komen atau membuatkannya lebih sukar lagi untuk polis menyiasat kes ini,” tegas Cik Syafiqah.

Cik Syafiqah dan Cik Nur Liyana juga berharap agar para mangsa memanfaatkan segala bantuan yang disediakan untuk membantu diri mereka sendiri bangkit daripada episod hitam itu.

Anda juga boleh mendengar nasihat-nasihat lain yang dikongsikan oleh kedua-dua peguam tersebut berkenaan hal ini dalam episod podcast di sini:

– BERITAmediacorp/tq

BACA juga:

Leave a Reply