2 Wanita Warga Indonesia Maut Dalam Kemalangan Berhampiran Plaza Tol Sungai Dua (video) #pakdin.my

warga-indonesia-maut-kemalangan-sungai-dua

Dua wanita warga Indonesia maut dalam kemalangan di Kilometer 120.2, Lebuhraya Plus Berhampiran Plaza Tol Sungai Dua.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa bersama dua lagi rakan mereka, terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Mangsa yang maut ialah penumpang hadapan Syarifah Sumarno, 39 tahun dan penumpang belakang yang juga merupakan kakak iparnya, Ainun Mardiah Inan Usman, 34 tahun.

Mangsa yang cedera pula, Puteri Wahyu, 23 tahun, dan adiknya Megawati, 19.

Syarifah, ainun dan megawati baru dua hari tiba ke negara ini, dari Kuala Simpang, Acheh

Bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Puteri Wahyu, yang menuntut di Kolej Segi, Di Pulau Pinang semalam.

Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Berkaitan