31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

20 Anggota PAS Permatang Pasir Di Bandar Baharu Keluar Parti

Seramai 20 anggota PAS ranting Kampung Permatang Pasir di sini, yang kecewa dengan tindak tanduk Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akhir-akhir ini, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Mereka diketuai Saridan Md Noh, 42, menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Samak dan Pekan Bandar Baharu, di Wakaf Bandar Baharu di sini, semalam.

Lebih ramai lagi rakan-rakannya daripada PAS Permatang Pasir dan beberapa lagi dalam daerah Bandar Baharu akan bertindak mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita di sini.

Saridan berkata kumpulan yang mengikutnya keluar daripada parti itu sebenarnya telah menjadi anggota aktif parti itu sejak tiga pilihan raya umum lalu iaitu sejak 15 tahun lalu.

Beliau mendakwa anggota PAS di Bandar Baharu bagaikan ‘anak ayam kehilangan ibu’ berikutan pimpinan Pas Bandar Baharu dan Parlimen Kulim/Bandar Baharu tidak sehaluan dengan mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu diwakili PAS pula sukar ditemui.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kulim/Bandar Baharu menjelaskan bahawa Umno Bahagian kini semakin banyak menerima penyertaan anggota-anggota baru dan sentiasa mengalu-alukan kalangan masyarakat tempatan khususnya dari kalangan belia sama lelaki atau wanita menyertai parti itu.

“Sehingga ini kami menerima lebih 1,000 anggota baru dan saya menyanjung tinggi usaha dan kerja keras dijalankan semua sayap parti khususnya Ketua Pemuda Bahagian dalam usaha menambahkan anggota baru,” katanya.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...