30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

20 GRO warga asing ditahan di Sekinchan

gro-belasan-tahun

SABAK BERNAM 11 Dis. – Sebanyak 20 wanita warga asing yang dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Taman Perindustrian Sekinchan di sini awal pagi ini.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kesemua wanita warga Vietnam berusia antara 19 hingga 35 tahun itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu bagi menarik pelanggan ke pusat hiburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, serbuan dibuat hasil maklumat orang ramai mengenai kegiatan premis tersebut yang dikatakan mengambil wanita asing untuk bekerja sebagai GRO.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita warga asing itu hanya memiliki pas lawatan sosial. Mereka bekerja secara haram di premis hiburan berkenaan sejak beberapa bulan lalu,” katanya di sini hari ini.

Noor Mushar berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan pengurus pusat karaoke berkenaan yang berusia 43 tahun untuk siasatan lanjut selain mengambil keterangan kira-kira 20 pelanggan yang berada di premis tersebut ketika serbuan dilakukan.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan