27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

20% jemaah umrah sejauh ini adalah warga Indonesia, Malaysia

JEDDAH: Sejak musim baru bagi ibadah umrah bermula pada September, seramai 2.2 juta visa umrah sudah dikeluarkan kerajaan Arab Saudi.

Tahukah anda, daripada jumlah tersebut, sekitar 20 peratus adalah jemaah umrah dari Indonesia dan Malaysia?

Demikian menurut perangkaan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi yang dilaporkan laman Arab News pada Sabtu (21 Dis).

Menurut perangkaan tersebut, lebih 1.78 juta jemaah sudah tiba di Arab Saudi untuk mengerjakan umrah. Manakala 1.37 juta jemaah pula sudah pulang setelah selamat menyelesaikan ibadah umrah masing-masing.

Dalam kalangan para tetamu ke Tanah Suci itu, jemaah dari Indonesia dan Malaysia masing-masing membentuk sekitar 399,100 dan 110,740 orang, menurut Arab News.

Secara keseluruhannya jumlah jemaah dari kedua-dua negara Asia Tenggara itu adalah hampir 450,000 – iaitu 20.3 peratus daripada jumlah visa yang dikeluarkan.

Jumlah gabungan ini setara dengan bilangan jemaah dari Pakistan – seramai sekitar 450,000 orang – yang membentuk kumpulan jemaah terbesar dari satu-satu negara menurut perangkaan tersebut.

Anggara kumpulan terbesar jemaah dari negara-negara lain ialah India (239,000), Mesir (85,800), Turki (70,600), Algeria (64,240), Bangladesh (61,100), Amiriah Arab Bersatu (37,200) dan Jordan (27,540).

Menurut Arab News lagi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan pusat-pusat Inaya bagi menawarkan khidmat yang menyeluruh dan pelbagai kepada para jemaah.

Pusat-pusat tersebut akan menyumbang kepada matlamat Visi 2030 Arab Saudi dan mempertingkatkan pengalaman para tetamu Tanah Suci. – ArabNews

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.