2,000 Paku Dikeluarkan Dari Badan Seorang Wanita

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

Terdapat Ribuan Paku Dalam Tubuh Badannya

Seorang pakar bedah dari Indonesia menjadikan kes terapi Islam sebagai pelengkap perubatan moden di hospital dengan mengeluarkan paku berkarat dari dalam badan seorang pesakit wanita, kononnya dipercayai menjadi mangsa ilmu sihir.

Dr Sagiran Sukardi menggambarkan bagaimana pemahamannya mengenai amalan perubatan dicabar ketika merawat wanita tersebut.

Dalam kes di Sumatera yang menjadi bualan ramai, lebih 2,000 paku dikeluarkan dari dalam badan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Supiyati.

Terdapat Ribuan Paku Dalam Tubuh Badannya 2

“Sebagai seorang pakar bedah, saya tidak percaya kesakitan itu berpunca daripada sihir dan jin,” katanya dalam forum bertajuk ‘Jin dan Sihir’ Dalam Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Sagiran dari fakulti perubatan di Universiti Muhammadiyyah Yogjakarta berkata keadaan Supiyati mencabar logik perubatan.

Beliau menunjukkan kepada peserta forum beberapa keping gambar paku dibawah kulitnya dan X-ray kesan luka yang dialami Supiyati.

Kira-kira 75 peratus daripada peserta yang hadir terdiri daripada doktor dan pakar psikiatri manakala selebihnya adalah pakar akademik serta kumpulan penyelidik.
Pesakit itu pertama kalinya dibawa ke bilik kecemasan pada September 2012.

 

 

Dr Sagiran berkata, dalam pembedahan pertama, beliau mengeluarkan lebih 70 paku dari bahagian kakinya sebelum merawat luka tersebut.

“Amat memeranjatkan, sehari selepas pembedahan itu saya menjumpai lebih banyak paku dikawasan itu semula. Pada masa sama, saya tidak percaya ia ada kaitan dengan ilmu sihir,” katanya.

Namun, beliau berkata selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan guru agama, dia kemudiannya menggunakan terapi Islam untuk merawat pesakit itu.

Menurut Dr Sagiran, dia mula membaca ayat suci Al-Quran ketika sedang membersihkan luka atau semasa gadis itu mengerang kesakitan.

Beliau berkata, selepas rawatan tersebut wanita berkenaan kemudiannya termuntah.

“Anda tidak boleh bayangkan tetapi lebih banyak paku dan rambut terkandung dalam muntahnya,” kata Dr Sagiran.

Dr Sagiran berkata bekas suami Supiyati yang menghilangkan diri selepas dia menjalani rawatan tersebut dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan sihir itu.
Katanya, kes itu menggambarkan keperluan terhadap pendekatan secara holistik termasuk rawatan kerohanian dan keagamaan di hospital.

Moderator forum UKM, Prof Madya Dr Supyan Hussin berkata penganjur tidak menentang cara perubatan moden.

“Namun terapi Islam boleh digunakan untuk merawat pesakit yang kesakitannya tidak dapat dikenal pasti,” katanya.

Dr Supyan berkata terapi Islam tiada kaitan dengan ilmu hitam atau ilmu sihir yang bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, peserta mungkin akan meluluskan resolusi tersebut menerusi perbincangan dalam forum yang akan bersambung pada Ahad sebelum perkara itu dibawa kepada Kementerian Kesihatan.

BACA juga:

Leave a Reply