32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

20,000 Unit Rumah PR1MA Dan Monorel Untuk Rakyat P.Pinang – @NajibRazak

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk Bayan Baru semasa bersarapan bersama penduduk-penduduk kawasan Bayan Baru di Pasar Bayan Baru sempena lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk Bayan Baru semasa bersarapan bersama penduduk-penduduk kawasan Bayan Baru di Pasar Bayan Baru sempena lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

“Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja,” katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.


Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu.

Najib berkata pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini.

++++++

20 ribu rumah mampu milik akan dibina di Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun akan datang.


Itu hadiah Perdana Menteri kepada penduduk pulau mutiara, jika Barisan Nasional berjaya mengambil-alih semula tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI
“Janji pertama saya kita akan laksanakan 20 ribu rumah, boleh mula memohon hari ini, dilakukan secara telus dan lebih mudah”.

Berita gembira itu disampaikan Datuk Seri Mohd Najib ketika merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Pulau Pinang, di kampus Universiti Sains Malaysia, pagi tadi.

Ujar beliau – inisiatif ini merupakan komitmen kerajaan pusat bagi membantu rakyat Pulau Pinang yang menghadapi lonjakan harga hartanah tidak terkawal.


10 ribu rumah mampu milik itu akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia, PR1MA.

Manakala agensi kerajaan pusat seperti JKP Sendirian Berhad dan Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang, Perda, akan membina 10 ribu lagi rumah kos rendah dan sederhana rendah di kawasan pulau dan Seberang Perai.

Perdana Menteri turut berjanji bahawa harga rumah PR1MA di Pulau Pinang akan hampir 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Berita Berkaitan

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan