2013: Kedah Bertukar Kerajaan

mukhriz

- Advertisement -

Tahun 2013 menyaksikan kuasa memerintah negeri Kedah kembali semula kepada Barisan Nasional (BN) berikutan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

BN Kedah, yang prestasinya dianggap luar biasa ketika sokongan kepada BN di peringkat persekutuan dan banyak negeri dikatakan merosot pada PRU13, menang majoriti mudah bagi menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (sembilan), DAP (dua), PKR (empat).

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding bagi kerusi DUN Ayer Hitam mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu sehari selepas PRU13 itu.

Pemerhati politik berpendapat pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelum hari pengundian dengan menamakan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menawan semula negeri ini dilihat menjadi faktor penting kepada kejayaan BN menguasai semula Kedah.

Ia dikatakan menjadi tarikan kepada pengundi muda, atas pagar dan pengundi dari luar untuk memberi sokongan kepada BN kerana yakin terhadap kewibawaan Mukhriz sebagai menteri besar yang baharu.

Faktor lain yang turut menyebabkan BN kembali menjadi pilihan adalah kegagalan kerajaan negeri sebelum ini yang diterajui PAS dalam membawa pembangunan yang dijanjikan selain perbalahan sesama sendiri pemimpin parti yang membentuk kerajaan negeri sebelum ini.

Selepas menguasai semula Kedah, kerajaan negeri yang diterajui Mukhriz tidak menunggu lama dalam merancang usaha melaksanakan manifesto atau AkuJanji BN negeri pada PRU13 lalu menerusi slogan ‘Kedah Aman Makmur: Bersama Memacu Transformasi’.

Beliau juga dilihat bersungguh-sungguh untuk keluar daripada bayangan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dan membuktikan kebolehan beliau tanpa bergantung kepada faktor ‘bin’ beliau.

Dalam menjana idea terbaik untuk membangunkan Kedah, kerajaan negeri menganjurkan Makmal Transformasi Kedah (MTK) selama dua minggu pada September lalu, dengan MTK menjadi platform untuk pelbagai pihak berkepentingan mengutarakan idea serta cadangan bagi membangunkan Kedah menjadi negeri maju.

Mukhriz memberikan tumpuan untuk membangunkan industri berteknologi tinggi tetapi pada masa sama mahu mengekalkan status Kedah sebagai negeri Jelapang Padi, yang menjadi sumber utama beras negara.

Mukhriz juga meneruskan usaha-usaha kerajaan negeri terdahulu yang beliau anggap baik dan tidak patut dihentikan, antaranya pemberian sumbangan kepada guru al-Quran sukarela dan bidan kampung yang beliau teruskan sebaik menjadi Menteri Besar.

Bagi beberapa perkara yang menjadi ‘duri dalam daging’ kepada kerajaan negeri terdahulu, beliau telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menyelesaikannnya.

Isu penebangan hutan secara tidak terkawal sehingga banyak kawasan terutama di Tasik Pedu ‘dibotakkan’ paling beliau berikan perhatian.

Tidak lama selepas dilantik sebagai Menteri Besar, Mukhriz mengarahkan semua aktiviti pembalakan di negeri ini dihentikan sementara supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat.

Isu besar yang melanda pentadbiran terdahulu iaitu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan kerajaan negeri sedang berusaha menyelesaikan masalah berbangkit seperti masalah kewangan dan ketiadaan asrama di kampus induk kolej universiti milik kerajaan negeri di Kuala Ketil itu.

Dalam pembentangan Bajet negeri November lepas, kerajaan Kedah menyatakan komitmennya untuk memberi perhatian khusus kepada usaha membasmi kemiskinan di negeri ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi di Kedah dapat dinikmati secara saksama oleh rakyat.

Tahun 2013 juga merupakan saat sedih buat rakyat Kedah dengan pemergian bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak, pemimpin PAS yang amat dihormati segenap lapisan masyarakat dan pemimpin parti politik termasuk parti lawan.

Azizan, 69, meninggal dunia pada 26 Sept lalu di Hospital Sultanah Bahiyah selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius, iaitu sehari selepas PRU13.

Azizan yang menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau sejak 1995, menang untuk kali kelima pada PRU13, dalam pertandingan empat penjuru termasuk mengalahkan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN, dengan majoriti 2,774 undi.

Azizan yang menjadi Menteri Besar Kedah selepas PRU12 pada 2008 sehingga 5 Mei lepas mempunyai hubungan yang baik dengan ramai pemimpin BN, malah hubungan baiknya dengan pemimpin Umno dan BN ‘dicemburui’ pemimpin dan anggota PAS sendiri.

Berikutan kematian Azizan, Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan pada 4 Nov.

PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN tersebut apabila calonnya Mohd Azam Abd Samat memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang mendapat 10,985 undi, untuk menang dengan 1,084 undi.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.