Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Malaysia

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Indonesia

Indonesia
4,201,559
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Indonesia
4,012,448
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Indonesia
141,114
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Thailand

Thailand
1,524,613
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Thailand
1,380,362
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Thailand
15,884
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Global

All countries
231,050,483
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
All countries
206,015,304
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
All countries
4,735,770
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

2013 – Ops Cantas Kejayaan PDRM Kurangkan Jenayah Berat Di Negara Ini

SUSPEK-KES-PEMBUNUHAN-PEGAWAI-AMBANK

Operasi Cantas atau Ops Cantas cetusan idea Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan penjenayah dan anggota kongsi gelap, berjaya mengurangkan jenayah kekerasan seperti bunuh dan cubaan bunuh menggunakan senjata api di negara ini.

Biarpun baru tujuh bulan menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 17 Mei lalu menggantikan Tan Sri Ismail Omar, Khalid dan pasukannya sehingga November lepas berjaya menahan 36,316 orang dan merampas 951 senjata api.

Malah pada persidangan Dewan Rakyat 20 Nov lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jenayah kekerasan itu menurun hampir 23 peratus daripada 187 kes kepada 144 kes dalam tempoh 96 hari Ops Cantas dijalankan.

Ops Cantas diadakan rentetan penghapusan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (OE) pada 2012, yang menyaksikan peningkatan jenayah kekerasan menggunakan senjata api, hingga merekodkan 66 kes di seluruh negara pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 35 kes daripadanya menyebabkan sasaran atau mangsa kejadian tembakan itu, mati ditembak di tempat kejadian.

Antara kes jenayah yang berprofil tinggi pada 2013, ialah pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, pada 26 April, yang ditembak mati ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

SEBAK… Ahli keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim ketika menunggu di luar bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat.Allahyarham Shaharuddin, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.-
SEBAK… Ahli keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim ketika menunggu di luar bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat.Allahyarham Shaharuddin, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.-

Sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan berkaitan kes itu.

Pada 29 Julai lepas, pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, 75, mati ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

pengasas-amb-mati-ditembak

Susulan itu, pada 22 Sept, suspek utama kes berkenaan ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan di sebuah rumah di Taiping, Perak, dan pada 3 Okt, dia dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.

Polis kini memburu Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No. 9, Jalan Bayu Segar 3, Bayu Segar, Cheras, Kuala Lumpur, yang merupakan majikan suspek utama kes itu dan dia dipercayai melarikan diri ke Australia selepas pembunuhan itu.

Lebih menyayat hati, pada 23 Okt, seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan cawangan bank itu di Subang Jaya. Lelaki itu turut melarikan wang tunai RM450,000.

suspect-pembunuh-Norazita Abu Talib

Dua puluh hari selepas insiden itu, pada 11 Nov, PDRM berjaya menyelesaikan kes berkenaan setelah suspek utama kes diberkas di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dan kini polis memburu rakan suspek yang dikenali sebagai ‘Joemar’.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Mohd Raffli Ab Malik, 49, turut maut ditembak di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang pada 10 Nov, berkaitan dengan kes ajaran sesat ‘Tuhan Harun’.

Pembunuhan Mohd Raffli Ab Malik

Pada 20 Nov, polis menahan ketua kumpulan ajaran sesat itu, Harun Mat Saat dan dua pengikutnya di Tangkak, Johor.

Ekoran peningkatan kes jenayah, kerajaan telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 pada 10 Okt, bagi membenarkan penahanan tanpa perbicaraan untuk tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

Sebagai memperkukuh iltizam membanteras jenayah, 25 Okt lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan RM8.8 bilion kepada PDRM dalam pembentangan Bajet 2014.

Antaranya, peruntukan sebanyak RM200 juta untuk senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.

Polis juga akan mendapat 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM20 juta dan pembinaan serta menaik taraf ibu pejabat polis di seluruh negara dengan peruntukan RM128 juta.

PDRM turut menggerakkan inisiatif termasuk menubuhkan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) di Bukit Aman serta cawangannya di ibu pejabat polis kontinjen negeri dan daerah pada 1 Julai.

Penubuhan jabatan itu bertujuan mencegah jenayah secara lebih berkesan dan sejajar dengan kehendak masyarakat yang mahukan polis berperanan dengan lebih efektif, selain membantu menurunkan indeks jenayah.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri berikutan sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Okt tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang tanpa izin bagi tujuan jenayah serta dijual kepada sindiket.

Berkaitan