Rumah lelaki hina Islam diserbu sekumpulan lelaki - pakdin.my

Rumah keluarga pemuda yang didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W menerusi laman sosial Facebook diserang sekumpulan lelaki di Taman Klang Jaya, Klang awal pagi ini.

Rumah keluarga pemuda berusia 25 tahun itu diserang sekitar jam 1.30 pagi ini.

Wartawan Utusan yang tiba di rumah tersebut sekitar pukul 3 pagi ini mendapati keseluruhan barangan di dalam rumah itu rosak teruk dengan semua barang dipecahkan serta diselerakkan.

Turut dirosakkan sebuah kereta jenis Perodua Gen2 manakala rumah tersebut ditinggalkan dengan lampu dan kipas yang masih terbuka.

Usaha mendapatkan keluarga berkenaan juga gagal apabila rumah itu ditinggalkan selepas dipercayai mereka diselamatkan oleh orang ramai dan pihak berkuasa. –

UTAMABERITARumah lelaki hina Islam diserbu sekumpulan lelaki

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium