Usah bohomg – Karpal Singh Akui Mansor kata Lim Guan Eng Tokong @cmlimguaneng - pakdin.my

×

Karpal Singh Yakin Masalah Antara Mansor Dan Lim Boleh Diselesaikan

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh yakin masalah yang timbul antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman boleh diselesaikan secara profesional.

Beliau bagaimanapun berkata penyelesaian kepada masalah itu tidak perlu melibatkan parti yang diwakili oleh kedua-dua belah pihak sebaliknya diselesaikan secara peribadi.

“Adalah perlu untuk Mansor memberi penjelasan yang lebih daripada apa yang dinyatakan sebelum ini, penting bagi Mansor untuk menjelaskan semuanya.

“Ini boleh diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin, tidak melibatkan parti tetapi secara personal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kompleks Pasar Awam Farlim, Air Itam di sini, Sabtu.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Mansor yang menafikan pernah menggelar Lim ‘sombong dan angkuh’, penafiannya itu bagaimanapun telah memakan diri apabila rakaman percakapannya pada mesyuarat strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada April lalu di sini, didedahkan.

Mesyuarat itu antara lain berkisar soal pembahagian kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-13 dan peluang memenanginya.

UTAMAPOLITIKUsah bohomg - Karpal Singh Akui Mansor kata Lim Guan Eng Tokong...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium