Pengurangan 100,000 anggota khidmat awam #Bajet2013

KUALA LUMPUR : Bajet alternatif pembangkang seperti dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu akan menyebabkan defisit jauh melebihi RM1.1 bilion, jika mengambil kira kenaikan gaji pekerja sektor awam di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pembangkang memerlukan emolumen RM5.1 bilion bagi melaksanakan elaun pengajaran khas RM500 sebulan buat semua guru, kenaikan gaji kakitangan awam kepada RM1,100 menerusi gaji minimum sejagat dan perbelanjaan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus.

Sedangkan, katanya, berdasarkan pecahan peruntukan mengurus dalam bajet itu, pembangkang mendakwa bayaran emolumen hanya meningkat sebanyak RM4 bilion daripada RM52 bilion tahun ini kepada RM56 bilion untuk tahun depan.

Menurut beliau, keadaan itu menunjukkan pentadbiran pembangkang dianggotai PArti Keadilan Rakyat(PKR) Pas dan DAP amat tidak kompeten untuk menguruskan perbelanjaan negara.

“Emolumen RM5.1 billion itu tidak termasuk kenaikan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di kementerian dan agensi lain seperti anggota tentera, doktor, ahli farmasi, jururawat, bomba dan sebagainya.

“Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1.1 billion dan jumlah ini sebenarnya lebih tinggi jika meliputi kenaikan gaji kumpulan tersebut di atas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tee yong menambah, jika pakatan pembangkang memerintah negara, mereka perlu mengurangkan 100,000 anggota perkhidmatan awam sebagai alternatif memenuhi bajet mengikut emolumen dianjurkan pada 2013, mengambil kira pelaksanaan gaji minimum sejagat. Perkara itukatanya, boleh berlaku kerana Ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini pernah mencadangkan pengurangan anggota perkhidmatan awam sebanyak 40 peratus.

Katanya, peruntukan mengurus bajet alternatif pembangkang juga meragukan kerana jumlah pembayaran pencen untuk 2012 dan 2013 adalah sama sedangkan terdapat pesara baru setiap tahun dan berlaku pelarasan pencen untuk kenaikan gaji seperti contoh anggota polis.

Bahkan kata beliau, bayaran pencen dan emolumen dinyatakan dalam bajet ini kurang daripada angka sebenar dan dilihat sama ada bagi melakar gambaran palsu defisit bajet yang kecil atau membuktikan pentadbiran tidak kompeten.

Dalam pada itu, menurutnya, pakatan pembangkang telah berjanji untuk menurunkan harga minyak apabila menjadi kerajaan namun perkara tersebut tidak dimasukkan dalam bajet yang dibentangkan.

“Kesimpulannya, bajet pakatan pembangkang hanya satu janji yang tidak boleh ditunaikan setelah mengambil kira rekod mereka dalam menunaikan janji di negeri yang ditadbir mereka,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...