VIDEO – Kerajaan Berikrar Pastikan Permintaan Domestik Kukuh Untuk Kekal Pertumbuhan Ekonomi – PM @NajibRazak #TanyaNajib - pakdin.my

Loading the player …


….

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak muncul di laman “YouTube” #Tanya Najib Bajet 2013″ pada malam Rabu, yang membolehkan rakyat bertanya mengenai Bajet 2013 yang dibentangkan pada 28 September lepas. Menerusi laman “YouTube” itu Perdana Menteri akan menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh rakan dan pengikut Twitter serta Facebook

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Belanjawan 2013 menyasarkan untuk memastikan bahawa permintaan domestik cukup kukuh bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan belanjawan pengembangan yangsederhana dan berhemah dengan insentif untuk merangsang pelaburan domestik danasing.

“Kita mempunyai dana memudahkan yang khusus bagi pelaburan domestik, seperti jika anda mempunyai satu projek yang agak berdaya maju, kerajaan boleh membantu memberikan peruntukan disebabkan kos yang lebih tinggi,” katanya pada program #Tanya Najib: Belanjawan 2013 secara langsung dari Astro Awani di sini malam Rabu.

Najib berkata, kerajaan mahu mengekang hutang negara pada paras tidak lebihdaripada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kini, keadaannya terkawal dan jika ekonomi mahu berkembang lebih daripada 5.0 peratus setahun, hutang negara tidak akan melebihi 5.0 peratus,” katanya.

Mengenai sebab kerajaan mengurangkan cukai pendapatan tetapi mengekalkan kadar cukai korporat, katanya: “Jika anda menaikkan cukai korporat, kita akan menjadi kurang kompetitif di rantau ini dan syarikat-syarikat akan mendapat keuntungan yang kecil atau pendapatan bagi melabur semula dan menjadikan sektor itu kurang dinamik dan kurang berkesan.”

Katanya, hasrat kerajaan bagi tempoh jangka pendek dan sederhana bukan disasarkan untuk mengurangkan cukai korporat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberi insentif kepada usahawan persendirian untuk melabur di dalam syarikat yang baharu bermula, Najib berkata:”Belanjawan itu telah menanganinya melalui para pelabur budiman bagi menggalakkan mereka melabur di dalam syarikat-syarikat permulaan.”

UTAMAVIDEO - Kerajaan Berikrar Pastikan Permintaan Domestik Kukuh Untuk Kekal Pertumbuhan Ekonomi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium