Kabinet Bayangan PR Dibayangi Skandal @AzminAli @elizabethwong

Apabila didedahkan bahawa PKR telah pun menyenaraikan 20 Menteri dari partinya jika PR memerintah, parti itu telah ditempelak hebat oleh DAP dan juga PAS kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka.

Lalu, kelam kabutlah juak-juak PKR cuba menutup sikap kukubesi ketua mereka, Anwar Ibrahim, termasuklah isterinya sendiri iaitu Presiden parti, Wan Azizah. Maka, Wan Azizah pun berpeluh-peluhlah membuat kenyataan bahawa pihak mereka tidak perlu mengemukakan kabinet bayangan kerana ia tidak perlu. Tetapi, lain pula kata Shuhaimi, ADUN Batu Tiga, iaitu bahawa kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi, atau dalam ertikata lain, senarai atau ‘kabinet bayangan’ itu benar-benar wujud.

Entahlah sama ada Wan Azizah adalah Presiden parti yang benar-benar tidak tahu apa-apa atau memang suka berbohong, kerana kini terbukti bahawa PKR sememangnya ada menyediakan Kabinet Bayangan tanpa mendapatkan persetujuan DAP dan PAS. Ianya dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR baru-baru ini.

Tak apalah jika PKR nak menafi atau DAP dan PAS nak percaya atau nak bergaduh tarik-tarik tudung Wan Azizah kerana ia bukan masalah kepada rakyat selagi mereka tidak memerintah. Yang menjadi masalah ialah apabila senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang ‘dibayangkan’ oleh PR itu dipenuhi dengan individu-individu yang mempunyai skandal terutama skandal seks.

Namun, apa yang nak dihairankan jika individu yang bakal menjadi Perdana Menteri sendiri mempunyai skandal seks yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia-manusia normal. Justeru, apalah sangat setakat skandal Rainbow Lim Guan Eng, bogel Elizabeth Wong atau video seks (?) Mustafa Ali?

Dan jika dilihat dari segi skandal rasuah juga Anwar menjuarai semua dengan 3 billion yang belum berjawab, diikuti dengan soal mengotakan slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang tidak mampu dibuat oleh si ‘Cocky, Arrogant, Tokong (CAT) Lim’ dalam mentadbir Pulau Pinang dan lain-lain.

Dan lagi, bagaimana pula teman sekatil Elizabeth Wong telah berada secara haram di Indonesia, serta bagaimana dengan kematian Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan rangkaian pemimpin DAP?

Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula dengan kaitan Pakatan Rakyat dengan SUARAM, BERSIH dan seterusnya dengan rangkaian Soros dan Zionis? Bagaimana dengan jet mewah yang mampu disewa sedangkan di masa yang sama mengumpul dana pilihanraya dari rakyat melalui program makan malam, tabung tin milo dan lain-lain kaedah lagi.

Ini semua adalah skandal yang membayangi Kabinet Bayangan ini.

Tidak cukup dengan itu, selain skandal seks dan rasuah, kabinet ini juga dibayangi nepotisme yang ketara di mana suami, isteri, anak dan kroni pemimpin tertinggi memenuhi semua jawatan penting walaupun kelayakan mereka boleh dipersoalkan.

Dengan bayang-bayang skandal dan nepotisme yang begitu jelas, bagaimana rakyat Malaysia mampu menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada barisan kabinet PR? Bagaimana manusia yang tidak punya moral dan integriti mampu memartabatkan bangsa dan negara? Bagaimana mereka-mereka ini boleh membawa kita ke arah kecemerlangan jika dibayangi dan diliputi skandal walaupun sebelum memerintah?

Dengan kuasa di tangan mereka, apakah jaminan yang skandal mereka juga tidak bertambah?

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...