Isteri, Anak Pohon Maaf Sebelum Berlepas Ke Kuala Terengganu Terlibat Kemalangan Maut Dekat Meraga Beris - pakdin.my

Bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan 6 orang maut di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu di Meraga Beris
Bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan 6 orang maut di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu di Meraga Beris

KEMAMAN  — Apabila Norizan Othman, 49, pulang ke rumah di Kampung Gong Pauh pukul 10 malam Selasa selepas berniaga kuih di Kerteh, kira-kira 20 kilometer dari sini, isteri dan lima anak perempuannya tiada di rumah kerana telah berlepas ke Kuala Terengganu untuk mengunjungi anak perempuan sulung mereka.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 6 pagi Rabu, Norizan menerima perkhabaran sedih bahawa isterinya, Noran Ali, 39, bersama tiga anak mereka — Nursyazleen, 12, Nur Syardiena, 9, Nurkhairatul, 4, dan dua saudara angkat terkorban dalam nahas jalan raya apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 129 Jalan Kuantan-Terengganu dekat Meraga Beris pada 4.30 pagi.

Dua saudara angkat yang turut terkorban ialah Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, pemandu kereta.

Dua lagi anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas terbabit tidak cedera.

“Kali terakhir saya menelefon isteri saya pukul 7 malam semalam, masa itu isteri saya masih dalam rumah lagi dan meminta maaf atas apa-apa kesalahannya serta anak kerana hendak berjalan jauh ke Kuala Terengganu.

“Memang menjadi adat kami sebelum keluar ke mana-mana, isteri dan anak salam cium tangan saya minta maaf,” katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman hari ini.

Norizan juga berkata beliau tidak menyangka itulah ungkapan maaf terakhir daripada isteri dan anak-anaknya.

….

….

Enam termasuk empat beranak, maut, – selepas sebuah kereta Viva yang dinaiki lapan orang bertembung dengan bas ekspress di kilometer 129.5 jalan Kemaman – Kuala Terengganu.

Kejadian jam 3.50 pagi tadi menyaksikan dua lagi mangsa parah.

Mangsa dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kemaman.

DSP ABDUL MARLIK HAKIM JOHAR / TIMBALAN KETUA POLIS KEMAMAN
“Kita terima laporan jam 4.45 pagi tadi. Pihak polis telah mendapati 6 orang mangsa meninggal dunia. Punca kejadian yang kita dapati kenderaan Viva itu telah terbabas dan bertembung dari arah hadapan dan mengheret beberapa meter”.

Katanya, ketika tiba di hadapan Sekolah Kebangsaan Meraga, Beris, kereta yang dinaiki mangsa terbabas sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.

Pertembungan itu menyebabkan kereta Viva remuk dan mangsa tersepit di dalamnya.

Enam mangsa yang parah maut di tempat kejadian.

….

UTAMABERITAIsteri, Anak Pohon Maaf Sebelum Berlepas Ke Kuala Terengganu Terlibat Kemalangan Maut...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium