Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Siapa Untung Bila Kelantan Pindah Milik Tanah? @nikabdulaziz - pakdin.my

Siapa Untung Bila Kelantan Pindah Milik Tanah? @nikabdulaziz - pakdin.my

Surat UPEN Kelantan Kepada Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion.

Sebagai balasan, sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid, 130 buah gerai, dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain.

Berdasarkan laporan Audit 2011, jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan. Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya? Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK?

Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut, sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan.

Tapi dalam kes PTSK, Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan, malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini.

Apabila hak milik tanah dipindah sesuka hati tanpa melalui saluran dan prosedur yang betul, siapa sebenarnya yang untung? Tentu sahaja, syarikat swasta itu dan mungkin sahaja ada gerombolan penyangak yang lain dalam kerajaan negeri yang turut senyum lebar melihat poketnya penuh berisi.

BACA juga  Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS Dibatalkan

Dalam konteks lain pula, sekiranya ada antara projek tersebut telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri atau kerajaan pusat, maka syarikat swasta itu perlu membayar sejumlah wang yang setara dengan projek yang telah disiapkan.

Berikutan itu, memandangkan tanggungjawab membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sepatutnya dibina oleh syarikat swasta itu gagal ditepati, sebaliknya tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh Kerajaan Pusat dan mula dibina sejak Jun 2007, bermakna, syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd perlu membayar wang minima sejumlah RM90 juta kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Dan bayaran setara RM90 juta ini juga hingga sekarang gagal dilakukan. Apakah wang RM90 juta itu juga sudah dibelanjakan oleh segelintir pihak dari kalangan pemimpin negeri? Atau syarikat tersebut mendapat pelepasan dan pengecualian dari membayarnya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin PAS negeri?

Sehingga saat ini belum ada satu pun reaksi balas daripada wakil Kerajaan PAS Kelantan bersabit isu ini. masing-masing sedang menikus bersembunyi disebalik jubah dan serban barangkali.

Berdasarkan jaminan dari Kerajaan PAS Kelantan pada Februari lalu ketika isu ini pernah hangat menjadi bualan ramai, Timbalan Menteri Besarnya mengikrarkan pada umum akan memberi jawapan kepada semua persoalan berkaitan PTSK sebaik sahaja Laporan Audit dikeluarkan.

Kini Laporan Audit sudah terbentang depan apa mata, mana tindakan susulan dari pihak Kerajaan PAS Kelantan? Masihkah sedang merangka jawapan berbelit tapi bunyinya indah semata-mata untuk menyembunyikan sesuatu?

Audit 2011: SPRM Tolong Segera Siasat PTSK & Kerajaan PAS Kelantan @nikabdulaziz

Surat UPEN Kelantan Kepada Liziz Standaco Sdn. Bhd.Pada 8 Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu. Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada […]

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia

Seperti mata wang kita, Bursa Malaysia tidak pernah pulih ke parasnya sejak 5 tahun lalu sejak selepas PRU-14. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165468

TERKINI

[VIDEO] Nahas kereta api Odisha India: Angka kematian meningkat lebih 290

Howrah Superfast Express tergelincir dan bertembung dengan Coromandel Express BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165553

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

Wanita pertama di dunia menerima vaksin kanser payudara berkata ia ‘luar biasa’

Klinik Cleveland dan Anixa Biosciences mengeluarkan data awal pada April 2023 yang menunjukkan bahawa semua peserta dalam percubaan membina tindak balas imun. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165534

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

Nenek Thailand berusia 97 tahun ditinggalkan anak perempuannya di jalan raya, ditemui berendam dalam hujan

Salah seorang cucu membawa wanita tua itu ke hospital, di mana dia disahkan mengalami demam ringan akibat hujan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165507

Bom tepi jalan mencederakan sami dan renjer di Selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan di daerah Rueso di wilayah Narathiwat, Thailand Selatan mencederakan tiga sami dan dua renjer sukarelawan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165497

Kerajaan Thailand meraikan kejayaan eksport pamelo dan itik yang telah dimasak

Pomelo adalah buah Thailand kelapan yang memenangi kelulusan import dari AS. Negara itu sebelum ini menyokong import mangga Thai, manggis, rambutan, longan, laici, nanas dan buah naga. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165488