Utama POLITIK UMNO JUARA RAKYAT?

UMNO JUARA RAKYAT?

Satu Malaya dah tahu Slogan UMNO juara rakyat,seringkali  program anjuran Umno akan dilaungkan “Kita juara Rakyat!!!“,tapi adakah kita benar-benar faham apa yang mereka buat setakat ini sudah memenangi hati rakyat?

Boleh dikatakan kebanyakan program anjuran UMNO  ini dilabelkan program syok sendiri yang hanya akan dihadiri oleh pengikut yang tegar/kaki bodek sahaja.

Pernahkah kita terfikir , adakah program yg dianjurkan oleh UMNO benar2 memberi manfaat kepada rakyat yang juga pengundi .UMNO sering berkempen untuk mendapatkan sokongan rakyat supaya memilih walkil rakyat UMNO untuk menjadi pemimpin mereka dengan menggunakan ayat “Tiada parti lain yang dapat membela nasib orang melayu selain UMNO”.

Cuba Kita lihat apa yang terjadi kepada  seorang ibu tunggal berbangsa melayu di Kluang Johor baru2 ni ,beliau terpaksa mendapatkan bantuan  daripada Pihak Gereja untuk menyara perbelanjaan anaknya menyambungkan  pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi setelah tiada pihak yang boleh membantu termasuklah wakil rakyat dan Badan Zakat yang pernah ditemuinya.Kemana perginya UMNO? Mana Juara Rakyat?……

Sedarlah wahai Orang Melayu dan UMNO dari mimpi indah dengan menganjurkan program2 yang hanya membazirkan wang ,baiklah kita beri tumpuan kepada masalah rakyat terutamanya kaum melayu yg semakin meruncing.Bangsa lain telah bersatu tapi kita masih tiada hala tuju…

Marilah sama2 kita berjuang seiring dengan saranan DS Najib,”Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.” barulah kita akan mencapai status “Juara Rakyat”.Biarlah menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain….Perjuangan Belum Berakhir…

Petikan daripada Lagu UMNO:

UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia….

Exit mobile version